Sabtu, 16 Ogos 2014

MAKANAN RINGAN YANG SESUAI DIBUAT KETIKA BERKELAH

http://www.craftsy.com

Setiap kali pergi berkelah, mesti terlintas dalam fikiran tentang makanan. Apakah makanan yang akan dibawa nanti? Apa makanan yang sesuai untuk dimasak? Beli atau buat sendiri?

Tidak kisahlah di mana pun anda berada, makanan yang sihat sangat penting. Mungkin bila di rumah, penyediaan makanan tiada masalah tetapi tidak semasa di luar, lebih-lebih lagi jika ke tempat rekreasi seperti tepi laut, air terjun, taman bunga ataupun sungai. Anda tidak punya banyak pilihan selain memasak. Bukan itu sahaja, bukankah dengan memasak anda dapat eratkan lagi hubungan di samping rasa sayang yang tinggi. Yelah makan air tangan orang tersayang.

1. Sandwhic gunakan roti burger dan roti hotdog sebagai rotinya, disamping roti biasa. Untuk filling gunakan aneka ragam salad, daging, ayam, ikan, burger ayam, burger daging atau sosej. Bawa cheese, mayonis ataupun thousand island. Kemudian sediakan berbagai resipi sandwich.
2. Sandwhic mentega kacang bersama pisang dan jam. Ambil roti biasa ataupun wholemeal, ataupun roti perancis. Filling letak pisang dipotong kecil, sapu dengan mentega kacang dan juga jam. Jam sama ada strawberi, nenas, ikut suka anda.
3. Roti kebab. Untuk menyediakan kebab, dicadangkan agar anda menggunakan roti gandum. Semasa memasak dagingnya pula, jangan lupa masukkan sayur seperti timun dan tomato.
4. Crossaint sandwich. Caranya buat scramble egg, asingkan. Goreng sekejap mix vegetable, campur dalam scramble egg, masukkan lada sulah, mayonis, jadikan inti dalam roti. Kalau nak pedas, letak cili sedikit. 
5. Homemade burger. Lebih bagus jika dagingnya anda sediakan sendiri. Gunakan daging tanpa lemak. Dagingnya pula elok dibakar berbanding digoreng.
6. Rojak buah-buahan. Seperti mangga muda, sengkuang, timun, nenas, kalau suka letak sedikit sayur kangkung, jambu. Bawa sekali colek buah.
7. Cookies seperti chocolate chip cookies, brownies, oatmeal cookies atau mungkin anda boleh sediakan pai. Sama ada pai berlauk ataupun pai buah-buahan.
8. Aneka gorengan. Nugget, chicken drumstick, sosej, kentang, crab stick dan pelbagai lagi yang sedap. Jangan lupa bawa sos, mayonis ataupun thousand island. 
9. Aneka keropok seperti keropok ikan, keropok udang, potato chips dan pelbagai lagi.
10. Jika anda ada BBQ set, gunakan masa ini. Bakar ayam atau sosej (ayam perap dengan garam, serbuk kunyit, serbuk lada), sesuai untuk perjalanan dekat. Jangan lupa coleslaw.

0 ulasan: