Khamis, 28 Ogos 2014

RATU SELFIE DUNIA

ratuselfie-dunia


Adakah anda tahu siapa siapa ratu selfie dunia? Tidak, ratu selfie dia bukan selebriti seperti Nora Danish dan Kim Kardashian yang memang kita tahu rajin ber’selfie’, tetapi ratu selfie telah dianugerahkan kepada seorang wanita misteri dari Bangkok, Thailand.
Menurut akhbar The Sydney Morning Herard, Mortao Maotor telah memuatnaik lebih daripada 13,000 gambar dirinya di dalam talian, dan sekaligus membuktikan dedikasi beliau untuk menjadi ratu selfie dunia!.
Mortao (bukan nama sebenar) mempunyai  kira-kira 20,000 pengikut di Instagram- berbanding ratu selfie lain yang gemar mengambil gambar badan mereka dan juga lain-lain gambar. Dalam seminggu sahaja, dia memuat naik lebih dari 200 foto dirinya. Tidak semua gambar memaparkan wajahnya kerana ada beberapa gambar yang memaparkan gambar kakinya ataupun minuman yang sedang diminum… akan tetapi boleh dikatakan hampir kesemua gambar adalah gambar wajahnya dengan pelbagai mimik muka!
Dalam profil Instagramnya, wanita ini mengaku berusia 42 tahun dan sudah berkahwin dan dia merupakan pemilik Room of Art, sebuah galeri barang antik di Bangkok.  Tempat yang paling digemari untuk mengambil gambar selfie adalah di dalam bilik mandinya. Sebagai perbandingan, Pimpgoodgame, yang mendakwa diri sebagai sebagai raja selfie dari Texas, Amerika Syarikat, dan mempunyai pengikut Instagram sepulu kali ganda dari Maotor, hanya memuat 600 foto. Sementara, Jen Selter yang mempunyai empat juta pengikut Instagram, hanya memuat 457 foto.
Sedangkan, Kim Kardashian yang mempunyai jutaan pengikut di Instagram boleh dikira bilangan gambar selfie yang dimuatnaik ke dalam laman sosial.
photo 3 (21)
photo 1 (8) photo 2 (8)

0 ulasan: