Isnin, 22 September 2014

GAUN PERKAHWINAN INSPIRASI "FROZEN"


Fenomena filem animasi Disney "Frozen" berterusan! Kali ini khas buat bakal pengantin yang idamkan gaun perkahwinan diinspirasi daripada karakter Ratu Elsa.
Seperti didedahkan di akaun Instagram Disney Weddings baru-baru ini, gaun biru muda yang dipakai oleh Ratu Elsa itu akan termasuk dalam koleksi Disney's Fairy Tale Weddings oleh Alfred Angelo ini.

Lakaran gaun tersebut yang diberi nafas baru tanpa tali dan kelihatan seperti salji telah dikongsikan untuk tatapan peminat.

Sebelum ini Angelo pernah mereka pakaian yang diinspirasikan oleh Puteri Disney lain seperti Ariel, Jasmine, Belle dan Cinderella.

Gaun perkahwinan 'Snow Queen' ini akan berada di pasaran bermula Januari 2015.

0 ulasan: