Sekarang merupakan demam iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, jadi pelbagai ragam dan cerita keluar demi mendapatkan telefon pintar tersebut. Ada yang sanggup menyewa teman wanita demi mendapatkan apa yang diinginkan malah seorang suami sanggup berhabisan untuk isterinya. Hal ini berlaku pada seorang lelaki yang sanggup menunggu di kedai Apple selama 44 jam untuk membeli iPhone 6 dalam usaha menambat semula isterinya.
Lelaki tersebut, Darius Wlodarski mula beratur di Cabot Circus, Bristol di barat daya England, Rabu lalu, dua hari sebelum telefon bimbit terbaru itu mula dijual. Malah, dia antara yang berada di barisan depan sebelum orang lain beratur kerana mahu memastikan dia dapat membeli telefon itu. Wlodarski, 41, kelahiran Poland yang berpisah dengan isterinya, Joanna bulan lalu mengaku masalah rumah tangganya berpunca daripadanya.
Lelaki lihat lembaga besar semasa solat berjemaah
-
Lelaki itu pengsan selepas melihat satu lembaga besar ketika menunaikan
solat berjemaah di masjid. - TIKTOKJAKARTA – Seorang jemaah lelaki
dilaporkan pen...
9 jam yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan