Isnin, 22 September 2014

Suami Beratur 44 Jam Untuk iPhone 6 Demi Selamatkan Perkahwinan

iphone 6

Sekarang merupakan demam iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, jadi pelbagai ragam dan cerita keluar demi mendapatkan telefon pintar tersebut. Ada yang sanggup menyewa teman wanita demi mendapatkan apa yang diinginkan malah seorang suami sanggup berhabisan untuk isterinya. Hal ini berlaku pada seorang lelaki yang sanggup menunggu di kedai Apple selama 44 jam untuk membeli iPhone 6 dalam usaha menambat semula isterinya. 
Lelaki tersebut, Darius Wlodarski mula beratur di Cabot Circus, Bristol di barat daya England, Rabu lalu, dua hari sebelum telefon bimbit terbaru itu mula dijual. Malah, dia antara yang berada di barisan depan sebelum orang lain beratur kerana mahu memastikan dia dapat membeli telefon itu. Wlodarski, 41, kelahiran Poland yang berpisah dengan isterinya, Joanna bulan lalu mengaku masalah rumah tangganya berpunca daripadanya.
iphone 6 plus

“Selepas 20 tahun berkahwin, dia meninggalkan saya bulan lalu kerana saya bukan suami dan bapa yang baik. Saya banyak melakukan kesilapan. Saya mahu meminta maaf kepada isteri dan anak saya,” katanya.
Menurut Wlodarski, selepas membeli iPhone pertama untuk isterinya beberapa tahun lalu, dia berharap model terbaru itu akan menggembirakannya, sekali gus isterinya bersedia untuk memaafkannya.
Wlodarski yang dilahirkan di Poland tetapi kini menetap di Swindon, Wiltshire, memutuskan untuk mengalah dan memujuk isterinya. Dia menghabiskan £ 800 pada iPhone baru walaupun tidak bekerja.
Beliau bertekad menunaikan janjinya kepada isterinya sebelum berkahwin untuk berkorban apa saja. Dia menggunakan kad kredit untuk membayar telefon pintar itu.
Sumber: 1 & 2

0 ulasan: