Isnin, 22 September 2014

SUNNAH DALAM MEMBERI SALAM

Ramai di antara kita semakin terlupa akan kepentingan mengucapkan salam. Sedangkan sebagai seorang Muslim, memberi salam itu adalah Sunnah Rasulullah SAW. Kita lebih selesa mengucapkan “hai” atau memanggil nama ketika berjumpa dengan saudara seagama. Salam itu menimbulkan kemesraan yang menjadi kasih sayang seterusnya menghadirkan rahmat dan iman di dalam hati.

Sunnah dalam memberi salam ialah seperti berikut:

-Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.

-Orang yang berdiri/ berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.

-Individu (seorang) memberi salam kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.

-Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.                    

-Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.

-Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.

-Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.

-Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.

-Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”

-Sunat menjawab salam yang dikirim melalui orang lain.

0 ulasan: