Jumaat, 31 Oktober 2014

Majlis Perkahwinan Bertemakan Little Mermaid

Perkahwinan bertemakan filem Harry Potter pernah, filem Shrek juga pernah, Nora Danish pula idamkan perkahwinan ala Twilight, majlis perkahwinan bertemakan Kesultanan Melayu Melaka yang penuh nostalgia juga ada yang dilakukan. Rasanya tema apa lagi yang unik dan kreatif. Mungkin Little Mermaid seperti yang dibuat oleh pasangan ini. 
Untuk pengetahuan anda, pasaran perkahwinan dalam talian, Your Cloud Parade baru-baru ini bekerjasama dengan penyanyi dan pereka Traci Hines untuk membawa impian zaman kanak-kanak dengan mengadakan perkahwinan bertemakan Little Mermaid. Hines memainkan peranan puteri duyung, Ariel manakala pengantin lelaki membawakan peranan Putera Eric. 
Walaupun perkahwinan ini ‘olok-olok’ tetapi ianya sangat romantik malah penuh warna-warni. Pengantin perempuan segak berpakaian seperti Ariel, makanan direka bentuk hidupan laut, paling suka macaroon dibuat bentuk cangkerang, sangat menarik. Anda teringin nak buat tema sebegini? 

wedding 2wedding 4wedding 5

1 ulasan:

mummy_ayu berkata...

wah..menariks nya..ada jer idea diaorang kan?