Sabtu, 25 Oktober 2014

JERUK MANGGA ASAM BOI

Jeruk mangga kini telah menjadi sebutan di laman sosial seperti Facebook dan Instagram. Memang ramai yang gemarkan jeruk mangga muda ini terutamanya wanita, tetapi tidak kurang pula lelaki. Rata-rata ramai yang gemarkan hidangan ini kerana menyihatkan dan juga sesuai dimakan di waktu senggang. Memang mudah menyediakan jeruk mangga asam boi ini. Anda juga boleh menggantikan mangga muda dengan buah jambu batu, kedongdong, betik muda dan sebagainya. Selamat mencuba!
Bahan-bahan
  • 2-3 biji mangga muda ( saiz sederhana )
  • 5-6 biji asam boi
  • sedikit gula
  • sedikit air masak jika perlu
  • 3-4 tangkai cili padi
Cara-cara
  1. Kupaskan kulit mangga dan potong isi kecil-kecil. Masukkan ke dalam bekas.
  2. Hiriskan cilipadi sehingga halus. Kemudian masukkan ke dalam bekas berisi mangga yang telah dihiris.
  3. Masukkan 2-3 sudu gula. Jika ingin menjaga kesihatan, hanya perlu tambah secubit gula untuk rasa.
  4. Tambahkan asam boi dan gaulkan. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air masak.
  5. Masuk ke dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti ais semalaman.
  6. Anda bolehlah menjamu selera!

0 ulasan: