Selasa, 11 November 2014

10 Pencuci Mulut Korea Yang Patut Anda Cuba

Rasanya semua orang sukakan pencuci mulut bukan? Lebih-lebih lagi bila dimakan ketika waktu petang ataupun ketika panas, serius sedap. Terlalu banyak pilihan pencuci mulut, yang mana satu pilihan anda, kiranya paling the best?Mungkin ada yang pernah cuba dan mungkin ada juga yang tidak pernah, jadi tak salahkan kita cuba sesuatu yang baru, baru adventure.

 1. Yakgwa – Yakgwa adalah hidangan tradisional Korea. Ini pada awalnya dianggap sebagai pencuci mulut tetapi sebenarnya lebih kepada gula-gula manis.  Yakgwa dibuat daripada madu, minyak bijan, dan tepung gandum.



2. Songpyeon - Songpyeon adalah makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada beras pulut. Songpyeon berberbentuk separuh bulan mengandungi pelbagai jenis inti manis atau semi-manis seperti biji bijan, madu, pes kacang merah, dan pes berangan.



3. Injeolmi - Injeolmi merupakan salah satu Korean rice cake berbentuk kecil dan menariknya luar ditutupi dengan serbuk kacang kering.



4. Yugwa - Yugwa atau yumilgwa lebih kepada gula-gula tradisional Korea, dibuat dengan cara menggoreng campuran tepung gandum dan madu, dan luaran disaluti sesame seed. 



5. Boong uh Bbang – Boong Uh Bbang ataupun lebih dikenali goldfish bread, hanya kacang merah disumbat ke dalam roti seperti ikan emas. Ini adalah pencuci mulut kegemaran warga Korea dijual di jalanan terutama ketika cuaca sejuk.



6. Patbingsoo - Patbingsoo seperti snow-like dessert. Original idea bagi bingsoo hanyalah ais yang dikisar, kacang merah dan juga soft rice cake. Tetapi kini, bingsoo banyak diubah suai lebih variasi seperti meletakkan buah-buah, ais krim, coconut jelly, cereal dan macam-macam.



7. Gyeongju Bbang - Ataupun dipanggil gyeongju bread ialah kuih yang berbentuk seperti moon cake dan diisi dengan pes kacang merah.



8. Hoppang - Bentuknya seperti kuih pau. Diperbuat daripada tepung beras dan diisi dengan pes kacang merah, daging, keju, sayur-sayuran, pes sweet potato. 



9. Hotteok - Adunan untuk hotteok diperbuat daripada tepung gandum, air, susu, gula dan ragi. Adunan diisi dengan gula merah, madu, kacang cincang dan juga kayu manis. 



10. Sikhye - Sikhye merupakan minuman tradisi Korea. Sikhye merupakan minuman manis yang diperbuat daripada nasi yang dimasak dan barley powder, dihidangkan sebagai pencuci mulut. Ianya mengandungi beberapa butir nasi dan kepingan pine nut. 



SUMBER

0 ulasan: