Isnin, 17 November 2014

8 Rahsia Anti-Penuaan Buat Semua Wanita

Anda percaya atau tidak jika kami katakan bahawa anda boleh kawal penuaan anda? Sebenarnya, jika anda rasa muda, anda akan sentiasa kekal muda! Penuaan juga dapat dikawal oleh anda sendiri jika anda amalkan rutin harian yang sihat. Disini, Wanista akan berkongsi kepada anda 8 rahsia anti-penuaan yang anda, wanita diluar sana patut amalkan agar sentiasa kekal cantik, sihat, dan kelihatan muda.
1) Amalkan diet yang sihat dan seimbang
Diet yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah baik untuk kulit anda. Ia termasuk sayur-sayuran berdaun hijau dan juga buah-buahan. Elakkan gula kerana ia menyebabkan kedutan pada kulit. Gantikan gula dengan madu. Elakkan juga daripada minum minuman berkafein. Diet yang betul boleh melakukan keajaiban kepada kulit anda agar sentiasa nampak muda.
2) Gunakan Aloe Vera
Jika anda mahukan kulit anda secara semula jadi muda, maka pilihan yang terbaik adalah dengan mengamalkan sapuan gel Aloe Vera pada muka anda. Aloe Vera membantu memperbaharui kulit anda. Ia mengurangkan bintik-bintik hitam dan kedutan pra-matang pada kulit. Jus Aloe Vera juga baik untuk pembersihan dalaman badan. Gunakan nya dalam apa jua bentuk untuk menjaga kulit anda agar menjadi muda dan segar.
3) Amalkan pengambilan dan penggunaan Vitaman E
Kebaikan Vitamin E tidak terhad kepada tablet. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk kapsul dan minyak. Malahan, minyak Vitamin E semulajadi mengurangkan kedutan dan bintik-bintik pada kulit. Campurkan sedikit minyak Vitamin E dengan minyak badam dan sapukan pada kulit anda dalam jangka masa: sekali setiap 4-5 hari. Keputusan akan dapat dilihat selepas tempoh sebulan. Kulit anda akan kelihatan licin dan muda.
4) Jadikan senaman sebagai suatu habit
Senaman membantu untuk mengeluarkan semua toksin yang tidak diingini dari badan anda, yang kemudiannya memberi kesan kepada kulit. Amalkan senaman setiap hari, dalam 20-30 minit masa minimum. Apa-apa bentuk senaman adalah baik untuk kulit. Berjalan dan berjoging membantu untuk meningkatkan peredaran darah, ini menghalang daripada tanda-tanda penuaan. 
5) Selalulah senyum dan ketawa
Adakah anda tahu bahawa ketawa selama tiga puluh minit sehari boleh membantu anda untuk mendapatkan kulit yang muda? Satu kajian baru-baru ini membuktikan hubungan antara ketawa dan penjagaan kulit. Apabila anda ketawa, anda merehatkan otot badan anda sekaligus badan anda berada dalam situasi bebas tekanan. Pabila tiada tekanan dalam badan, ia membantu untuk mengekalkan kulit agar nampak awet muda.
6) Amalkan solekan yang nipis
Anda perlu sentiasa nampak anggun untuk kelihatan hebat! Gunakan asas solekan (foundation) yang minimum dan juga krim pada muka anda. Menggunakan terlalu banyak foundation pada kulit juga memberi kesan buruk kepada kulit yang mengakibatkan kedutan. Gunakan solekan hanya jika diperlukan. Jika perlu, tukar kepada asas solekan organik untuk kulit anda bagi mengekalkan kulit yang muda dan segar.
7) Urutkan kulit anda
Dengan usia yang semakin meningkat, kulit anda mungkin kehilangan keanjalan, yang kemudiannya menyebabkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit. Sentiasa urutkan kulit untuk mengekalkan tekstur kulit anda. Urutan membantu untuk meningkatkan peredaran darah bagi mengekalkan kulit yang lebih muda dan berwajah baru. Gunakan minyak kulit yang baik atau krim biasa untuk mengurut wajah anda.
8) Sentiasa kekal positif
Sikap anda juga memberi kesan kepada kulit. Jika anda sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan, maka kulit anda juga akan kekal muda. Emosi negatif sentiasa menyebabkan tekanan dalam badan, yang seterusnya memberi kesan kepada kulit anda. Jadi, sentiasa lah optimis dan terus tersenyum untuk kelihatan lebih muda dari hari ke hari.

0 ulasan: