Khamis, 13 November 2014

Apa Itu Madeleines & Cara Membuatnya



Madeleines, merupakan kek mentega Perancis. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang bukan Perancis memikirkannya sebagai biskut. Keknya kecil berbentuk cengkerang, rangup di luar dan lembut di dalam. 
Madeleines kelihatan mudah untuk dibuat tetapi sebenarnya memerlukan kesabaran dan perlu berhati-hati mengikut arahan dalam resepi. Madeleines Classic diperisakan dengan kulit lemon atau oren, tetapi variasi yang dibuat termasuklah coklat, koko, pes badam, kacang, beri, lemon.
Madeleines sangat sedap dimakan ketika baru keluar dari oven atau ketika suam. Madeleine hanya berada pada tahap terbaik ketika baru dimasak. Ia boleh disimpan selama 1 atau 2 hari di dalam bekas kedap udara, tetapi akan mula kehilangan kerangupannya selepas beberapa lama.
Bahan-bahan – Acuan boleh dapat dalam 12 ke 18 biji

  • 125 gram telur ( lebih kurang 2 biji telur saiz M)
  • 90 gram gula
  • 125 gram tepung gandum
  • 125 gram butter ( cairkan)
  • 4 gram baking powder (1 sudu kecil)
  • 25 gram madu (1 sudu besar)
  • sedikit parutan kulit lemon atau kulit oren
Cara-cara
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian cairkan butter, parut sedikit kulit oren, glis acuan madeleines dengan butter dan tabur sedikit tepung gandum atas permukaan acuan madeleines tadi.
2. Pukul telur dan gula hingga agak kembang, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, gaul sebati, masukkan parutan kulit oren serta madu, akhir sekali baru masukkan butter yang telah dicairkan.
3. Kacau sebati dan perap adunan dalam 20 minit, biar lebih sedap dan bagi tujuan menaikkan aroma. Sc0op adunan dah isikan 80% dalam acuan. Akhir sekali panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 14 minit. 
4. Jika tiada acuan madeleines, boleh juga letak dalam papercup muffin dan kalau mahu pelbagai rasa boleh variasi kan adunan ini, tambah koko atau apa perasa kegemaran anda. 
Sumber : 1 & 2

0 ulasan: