Khamis, 13 November 2014

Dapatkan ais krim Magnum percuma Jumaat ini!!



Pada 14 November iaitu pada Jumaat ini, Magnum Kuala Lumpur akan berada di Mid Valley pada pukul 10 pagi untuk memberikan ais krim percuma kepada pengunjung.
Bukan itu sahaja, 500 pengunjung pertama yang bertuah akan mencipta ais krim mereka sendiri dan juga terdapat kejutan menanti para pengunjung.

Pengunjung yang akan mencipta ais krim mereka sendiri perlu memilih mana-mana 3 pilihan taburan daripada 9 jenis pilihan taburan yang disediakan.

Taburan yang dipilih akan di gabungkan dengan ais krim vanila lembut yang disaluti dengan coklat Belgian susu atau gelap.

Seperti yang di petik dari Magnum Facebook Malaysia, mereka juga bakal membuka kafe pertama mereka di Mid Valley pada pertengahan November ini juga.

Selain Malaysia, kafe Magnum sudah bertapak negara Asia antaranya Manila, Indonesia, Singapura dan Korea.

Magnum dilancarkan pada tahun 1989 dan menjadi ais krim batang pertama pilihan untuk golongan dewasa.
[Sumber Foto: MagnumFacebookMalaysia ]

0 ulasan: