Ahad, 9 November 2014

‘Hello Kitty Park’ Bakal Dibuka Tahun Depan

Berita baik buat peminat watak comel Hello Kitty! Satu taman tema Hello Kitty akan dibuat pada awal tahun 2015 di China.
Syarikat Jepun Sanrio, yang mencipta Hello Kitty pada tahun 1974, telah berkolaborasi dengan syarikat taman tema hiburan Hettema Group dari California, untuk ‘menghidupkan’ taman tema menggunakan inpisrasi watak Hello Kitty yang boleh digunakan oleh orang ramai tidak lama lagi. Taman tema yang bakal dibina di daerah Anji, wilayah Zhejiang di timur China dikatakan bakal menarik sehingga 1.5juta pelawat setiap tahu. Anji, yang juga dikenali sebagai Bandar Buluh China, telah melihat pertumbuhan yang ketara dalam sektor pelancongan sejak kebelakangan ini.
Sanrio telah mempunyai dua taman tema di Jepun – iaitu Puroland dan Harmonyland – yang menarik berjuta-juta pelawat setiap tahun. Puroland, yang merupakan taman tema tertutup berdasarkan watak kartun Jepun, menarik lebih daripada 1.5 juta pengunjung setiap tahun, manakala Harmoneyland yang terletak di Hiji, Kyushu juga berdasarkan watak-watak Sanrio terkenal, termasuk Hello Kitty, Cinnamon dan My Melody. Jom tengok gambar menarik di kawasan pembinaan Hello Kitty Park yang katanya akan dibuka pada tahun baru nanti!
hello-kitty-park-7
hello-kitty-park-8
hello-kitty-park-5
hello-kitty-park-1
hello-kitty-park-2
hello-kitty-park-6
hello-kitty-park-3
hello-kitty-park-4

0 ulasan: