Khamis, 13 November 2014

Ketahui 10 Makanan Termahal Di Dunia



1. Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)
Kulat yang boleh dimakan dan berasal dari Itali ini adalah yang termahal di pasaran. Kesukaran untuk menanam trufel putih ini secara komersial menyebabkan harga untuk kira-kira 1 kilogram boleh mencecah ratusan ribu ringgit.



2. Almas beluga kaviar – AS$28,000 (RM93,701)
Kaviar termahal ini terhasil daripada telur sturgeon albino yang hanya ditemui di Laut Kaspia. Bungkusan hidangan mewah dan istimewa yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat



3. Tembikai Yubari – AS$22,872 (RM76,522)
Ia dianggap sebagai ‘raja buah’ kerana rasanya yang manis dan sempurna. Buah ini dihasilkan daripada kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari di Jepun



4. Tembikai Hitam Densuke – AS$6,100 (RM20,407)
Buah ini sukar diperoleh kerana ia hanya ditanam di Hokkaido, Jepun. Rasanya juga manis dan agak rangup berbanding tembikai biasa.



. Pizza Royale 007’ – AS$4,200 (RM14,051)
Piza yang dihasilkan daripada pelbagai bahan mewah termasuk ikan salmon Scotland dan daging rusa. Lapisan atasnya pula diperbuat daripada kepingan emas 24 karat yang juga boleh dimakan.



6. Samundari Khazana Curry – AS$3,200 (RM10,712)
Hidangan digelar ‘khazanah makanan laut’ berasal dari Bombay Brasserie ini mengandungi pelbagai bahan mewah termasuk trufel putih, udang kara bersalut emas, abalone dan ketam devon.



7. Wagyu Steak – AS$2,800 (RM9,374)
Stik ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia. Rasanya juga jauh lebih enak serta lembut berbanding daging lembu biasa. Bukan calang-calang orang boleh menikmati hidangan ini kerana harga sepinggan stik wagyu boleh mencecah ribuan ringgit.



8. Zillion Dollar Lobster Frittata – AS$1,000 (RM3,347)
Telur dadar biasanya mudah untuk disediakan, namun hidangan serupa di Restoran Norma, Hotel Le Parker Meridien bernilai ribuan ringgit. Frittata tersebut mengandungi kaviar, udang kara dan turut dihidangkan bersama kentang goreng.



9. Westin Hotel Bagel – AS$1,000 (RM3,347)
Roti yang menyerupai donat ini menjadi menu istimewa di Hostel Westin, New York. Ia dihidangkan bersama krim keju trufel putih dan jeli Riesling dengan daun emas.



10. Cendawan Mattake (Matsutake) – AS$1,000 (RM3,347)
Ia sukar didapati dan hanya boleh ditemui di hutan Asia, Amerika Utara dan Eropah. Cendawan termahal di dunia merupakan antara bahan terpenting dalam masakan Jepun.
SUMBER

0 ulasan: