Rabu, 19 November 2014

Kisah Cinta Yang Amat Menyentuh Hati.. Viral Di Instagram

KETIDAKSEMPURNAAN bukan penghalang untuk mengecapi kebahagiaan dan menemui cinta sejati.
Sementelah, tiada siapa meminta untuk lahir cacat dan kurang upaya namun ketentuan Ilahi tak mungkin dapat disanggah.
Maka, kisah cinta yang dimuat naik oleh Zaed Mahmood di laman sosialnya mampu menyentuh hati sesiapa sahaja yang membaca hingga menjadi viral di Instagram.
Segala-galanya bermula apabila Zaed melihat sepasang suami isteri sedang ralit mencari kasut di sebuah pusat beli belah.
Si suami dilihat cukup sabar melayan isterinya yang merupakan orang kurang upaya cacat penglihatan.
Kerenah isterinya diturut tanpa merungut malah bait-bait kata yang ditutur jelas menunjukkan ketulusan cinta seorang suami yang tak berbelah bahagi.
kisah-suami-yang-mulia-1
Lebih meruntuh jiwa, apabila isterinya yang cacat penglihatan didengar berkata kepada suaminya:
“Abang, sepanjang hidup, saya tidak pernah tahu secantik mana kasut yang saya pakai. Semua yang cantik di mata abang, berganda cantik di mata saya. Saya cuma dapat merasa keselesaan kasut ini sahaja…”
Tersentuh hati mendengar luahan isteri ini, yang begitu tulus mengungkapkan penghargaan atas kehadiran suaminya yang memberi sinar baharu dalam hidup.
Manakala si suami sebaik mendengar kata-kata itu, terus memuji bahawa kasut itu paling cantik dipakai isterinya walaupun Zaed tahu, si suami lebih suka kasut yang lain.
Begitu tinggi sekali kasih sayang suami isteri ini, hingga berkorban perasaan demi menjaga hati satu sama lain.
noradanish-2
Kisah ini turut mendapat perhatian aktres terkenal, Nora Danish yang telah repost semula posting @zaedmahmood ini kepada peminatnya.
Sesungguhnya, beruntunglah seorang wanita yang dikurniakan rezeki mendapat suami amat baik.
Moga-moga kisah pasangan ini jadi iktibar kepada pasangan di luar sana agar sabar melayani kekurangan pasangan anda yang mungkin, tidaklah sampai cacat penglihatan tetapi buat anda meradang apabila tidak dapat mencari barang yang diminta.
Benarlah, kekurangan bukan penghalang untuk mengecap bahagia jika ditemukan dengan insan yang tepat! –

0 ulasan: