Khamis, 13 November 2014

Pantang Larang Untuk Bakal Pengantin


Jaldi-Nikah-ka-Wazifa

Pantang larang untuk bakal pengantin.Perlu atau tidak?

  1. Jangan kerap keluar dengan pasangan
  2. Jangan bebas keluar ke mana sahaja, kalau boleh, banyakkan duduk di rumah saja
  3. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi
  4. Elakkan tidur di rumah orang lain, takut terkena ilmu. Tapi sebenarnya untuk menjaga nama baik keluarga si bakal pengantin
  5. Elakkan memakan ulam atau makanan yang berbau busuk
  6. Kurangkan memakan makanan laut kerana dipercayai banyak toksid
  7. Jangan makan kepala ayam kerana dikhuatiri akan mengantuk ketika majlis perkahwinan
  8. Sebelum sah menjadi pengantin, elakkan daripada tidur di katil pengantin, kerana tidak manis
  9. Jangan pandang cermin ketika disolek dan dihias oleh juru andam, takut jika hilang seri muka
  10. Elakkan juga mencukur bulu kening supaya tidak hilang seri dimuka
  11. Jika telah sah nikah, tetapi adalah nikah gantung, pasangan tidak dibenarkan untuk bersama
  12. Bagi perempuan, jangan terlalu dedahkan diri kepada keluarga pihak lelaki
  13. Jangan makan terlalu banyak
  14. Jangan bercermin, terutamanya pada waktu maghrib bagi mengelakkan daripada terkena sihir
  15. Jangan berembun ataupun keluar malam supaya unsur jahat dapat dielakkan
  16. Kedua-dua pengantin tidak dibenarkan untuk bercakap atau bersembang semasa diatas pelamin kerana tidak sopan dipandang tetamu
  17. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis perkahwinan berlangsung
  18. Elakkan makan dan minum sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar
  19. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar
  20. Elakkan minum soya kerana dipercayai tidak elok untuk alat kelamin
Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucu mereka supaya tidak melanggar pantang larang. Bagi mereka, melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat. Pantang larang itu tidak salah, tetapi diingatkan agar jangan lah berlebih-lebihan sehingga menyalahi agama pula.

0 ulasan: