Rabu, 5 November 2014

Semuanya Pink! Lihat Bilik Hotel Bertemakan Patung Barbie

Tatkala melangkah masuk ke dalam bilik hotel ini, memang terasa seperti berada di dalam salah satu rumah permainan patung Barbie. Segalanya berwarna merah jambu lengkap dengan aksesori seperti cermin panjang, karpet tebal berwarna merah, perabot berwarna merah jambu dan pelbagai lagi kelengkapan lain. Memang hotel ini menitik beratkan perincian seakan-akan rumah permainan Barbie dan kini ia merupakan salah satu tarikan kekal di hotel Hilton Buenos Aires.
Jadi, kepada peminat anak patung paling popular di dunia ini, anda boleh bermalam di bilik ‘Dreamhouse Barbie‘, yang pertama seumpamanya di dunia dengan bayaran RM600 semalam ( RM1500 semalam pada waktu puncak ).
Dengan pembukaan kembali pada bulan September lalu, bilik ini terbukti sangat popular dan kini ia telah ditempah sepenuhnya sehingga awal 2015. Bilik ‘Dreamhouse Barbie’ itu mempunyai televisyen 32-inci yang menayangkan filem Barbie tanpa henti, bilik mandi dihiasi batu marmar, almari pakaian walk-in dan, tentu saja, pelbagai anak patung Barbie dan mainan berkaitan Barbie. Bagi ibu bapa punya yang inginkan privasi, anda boleh menempah bilik bersebelahan biasa yang boleh dihubungkan melalui pintu bilik hotel.
hotel-barbie-7
hotel-barbie-5
hotel-barbie-1
hotel-barbie-3
hotel-barbie-2
hotel-barbie-6
hotel-barbie-4
Barbie Room

0 ulasan: