Isnin, 17 November 2014

Taman Tema Air Terbesar di Johor Bakal Dibuka 2015

Setelah pembukaan Legoland, satu lagi pusat riadah yang berkonsepkan taman tema air bakal dibuka di Johor Bahru pada tahun hadapan. Taman tema air ini dijangka menjadi taman tema air yang terbesar di Johor dan bakal dibuka kepada umum pada pertengahan tahun 2015.
Menurut sumber daripada laman Facebook “Johor Darul Takzim FC”, nama tidak rasmi bagi taman tema air tersebut adalah Austin Water World Theme Park dan lokasinya adalah di Taman Mount Austin, Johor Bahru.
Selepas berita mengenai satu lagi taman tema air yang bakal dibuka di Johor ini, rata-rata rakyat Malaysia tidak sabar menanti pembukaan tempat tersebut. Kebanyakan warga Johor juga mengharapkan harga tiket nya adalah bersesuaian dan mampu buat rakyat Malaysia, orang-orang Johor terutamanya.
Berikut merupakan gambar taman tema air terbesar di Johor Bahru yang sedang dalam pembinaan:
10675575_805072229569984_7376561728667620720_n
Sumber: Laman Facebook “Johor Darul Takzim FC”

0 ulasan: