Khamis, 18 Disember 2014

Ingin Langsing Di Hari Bahagia? Amalkan 8 Buah-Buahan Untuk Diet

Jangan main-main kalau sebilik dengan zombi
Girls, could this be the most dreaded situation to be in when you’re out on a hot date
Want to get a new tablet for someone special this Christmas?
It's hard to watch the first 30 seconds without clicking the forward button.
They thought they got a makeover, but they were in for a better surprise.
Got old phones lying around? Trade them for a brand NEW Samsung GALAXY Note 4!
Have you seen these exclusive benefits up for grabs?
Ever wondered what it'd be like if everyone on social media starts to #DoMoreLah4Malaysia?
8 Ways You Can Make A Difference Using Your Online Skills
Can you convince your family to do this? You might win a brand new iPhone 6!
5 Reasons Why The New Maxis Network Is Better Than Ever
Your Memory Of Maggi Will Never Be The Same As Your Children's



Ingin tampil menawan di hari bahagia kelak? Diet buah – buahan merupakan salah satu usaha melakukan diet sihat, buah-buahan selain mempunyai manfaat yang sangat banyak untuk kesihatan juga boleh digunakan sebagi makanan diet sihat yang pastinya selamat dan menyihatkan.
1. Buah pisang. Buah pisang mempunyai manfaat yang sangat banyak untuk kesihatan, selain mengandungi beberapa vitamin yang sangat lengkap ia juga mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi yang sangat sesuai untuk dijadikan menu diet sihat anda.
2. Buah avokado. Lemak yang terkandung dalam buah ini merupakan jenis lemak baik dan tidak merugikan, maka tidak hairan jika buah avokado sering dijadikan sebagai buah untuk diet sihat. Selain mempunyai kandungan lemak, buah avokado juga merupakan salah satu buah yang mempunyai kandungan serat yang tinggi yang baik untuk menjaga kesihatan pencernaan dan boleh menurunkan berat badan anda.
3. Buah anggur. Buah anggur selain diketahui mempunyai manfaat untuk menyembuhkan penyakit seperti penyakit jantung dan penyakit asma, ianya juga memilki manfaat untuk diet. Akan tetapi beberapa perkara yang perlu anda perhatikan adalah jangan mengambilnya secara berlebihan kerana selain mengandungi serat, vitamin dan rendah kalori, buah anggur juga mengandungi gula. Penggunaan buah anggur secara berlebihan akan memberikan kesan yang sebaliknya.
4. Buah limau. Ianya sangat seusai dijadikan buah untuk diet. Vitamin C merupakan salah satu kandungan yang umum dimiliki oleh buah limau. Serat yang terkandung dalam buah ini membantu anda untuk merasa kenyang lebih lama. Selain itu, ianya dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh untuk membuatkan tubuh anda lebih kuat untuk melawan penyakit.
5. Buah betik. Selain rasanya yang manis ternyata buah betik juga mempunyai banyak sekali manfaat. Buah betik mengandungi tinggi serat yang sangat baik untuk menjaga kesihatan pencernaan anda, selain itu buah betik juga mempunyai kandungan vitamin A yang sangat baik untuk kesihatan mata.
6. Buah epal. Selain rasanya yang enak, buah epal mempunyai banyak manfaat dan salah satunya untuk diet. Buah epal mempunyai kandungan serat yang cukup tinggi, sangat sesuai bagi anda yang mempunyai gangguan dengan pencernaan. Selain itu buah epal merupakan sumber vitamin B-kompleks seperti riboflavin, thiamin, dan pyridoxine (vitamin B-6). Vitamin B kompleks berperanan membantu dalam pelbagai fungsi sintetik dalam badan.
7. Buah mangga. Pada dasarnya semua jenis buah mangga mempunyai manfaat untuk diet yang hampir sama kerana buah Ini mempunyai kalori yang rendah dan serat yang tinggi. Akan tetapi walaupun buah mangga mempunyai kalori yang rendah, anda tetap tidak boleh mengambilnya secara berlebihan kerana jika anda makan terlalu banyak boleh menyebabkan kesan sebaliknya. Hal ini kerana buah mangga mengandungi gula yang tinggi.
8. Buah beri. Buah beri merupakan buah yang sangat sesuai untuk hidangan penutup yang sihat dan membantu anda menurunkan berat badan kerana ianya tiada kalori dan lemak. Selain itu buah beri juga bermanfaat bagi kesihatan dan kulit anda kerana ianya kaya akan vitamin C, serat, mineral dan antioksidan. Jadi, sentiasa amalkan strawberi, blackberry, blueberry dan raspberi jika anda ingin memulakan program diet dan mendapatkan kulit yang sihat.

0 ulasan: