Wow sungguh mengagumkan, Ayan Qureshi yang hanya 5 tahun tetapi merupakan pakar teknologi maklumat (IT) bertauliah termuda di dunia. Qureshi mendapat kebenaran khas untuk menduduki ujian yang dikendalikan oleh syarikat perisian komputer terkenal, Microsoft.
Malah lebih mengejutkan, Qureshi lulus dengan cemerlang sehingga memperoleh sijil Profesional Bertauliah Microsoft yang biasanya diduduki oleh calon yang terdiri daripada graduan dewasa.
Kanak-kanak cilik berbakat dari Coventry, England ini membuktikan keupayaannya apabila dapat menjawab semua soalan dikemukakan lebih awal daripada tempoh dua jam yang ditetapkan. Bapanya, Qureshi, telah memperkenalkan komputer kepada Ayan sejak dia berumur 3 tahun lagi.
Melihat minat anaknya terhadap komputer, Qureshi telah membina sendiri sebuah makmal komputer bagi pembelajaran anaknya. Adalah tidak mudah untuk mengajar tentang komputer di usia muda, namun bapa Ayan seorang yang optimis kerana percaya usahanya pasti akan membuahkan hasil.
MYNEWSHUB
Lelaki lihat lembaga besar semasa solat berjemaah
-
Lelaki itu pengsan selepas melihat satu lembaga besar ketika menunaikan
solat berjemaah di masjid. - TIKTOKJAKARTA – Seorang jemaah lelaki
dilaporkan pen...
7 jam yang lalu
1 ulasan:
bdk ni x yah msk sekolah. trs kerja baut duit ;-)
Catat Ulasan