Khamis, 18 Disember 2014

Posisi Badan Ketika Mengandung

Jangan main-main kalau sebilik dengan zombi
Girls, could this be the most dreaded situation to be in when you’re out on a hot date
Want to get a new tablet for someone special this Christmas?
It's hard to watch the first 30 seconds without clicking the forward button.
They thought they got a makeover, but they were in for a better surprise.
Got old phones lying around? Trade them for a brand NEW Samsung GALAXY Note 4!
Have you seen these exclusive benefits up for grabs?
Ever wondered what it'd be like if everyone on social media starts to #DoMoreLah4Malaysia?
8 Ways You Can Make A Difference Using Your Online Skills
Can you convince your family to do this? You might win a brand new iPhone 6!
5 Reasons Why The New Maxis Network Is Better Than Ever
Your Memory Of Maggi Will Never Be The Same As Your Children's

posisi

Ketika mengandung, bakal ibu tidak boleh melakukan pergerakan sesuka hati seperti semasa tidak berbadan dua. Ini kerana keadaan badan yang terpaksa menanggung berat badan yang semakin bertambah mengikut usia kehamilan. Ketahui bagaimana posisi betul pergerakan anda sepanjang hamil bagi memastikan kesihatan diri terpelihara.
Semasa berdiri
*Ibu digalakkan berdiri dan ‘berjalan tegak’, masukkan otot  perut ke dalam dan ketatkan otot-otot punggung untuk membawa tulang pelvik condong ke belakang.
*Tegakkan kepala dengan dagu dimasukkan ke dalam dan bahu ke bawah serta berkeadaan rehat.
*Kaki dibuka sedikit untuk mendapat keseimbangan yang baik.
*Elakkan berdiri terlalu lama yang boleh menyebabkan keletihan.
Semasa duduk
*Duduk di kerusi dengan keadaan tulang belakang disokong sepenuhnya.
*Gunakan  kusyen kecil ataupun tuala yang digulung dan letakkan di bahagian belakang pinggang.
*Paha disokong sepenuhnya di atas kerusi dan tapak kaki rehat rata di atas lantai.
Semasa baring
*Baring mengiring atau tiga suku mengiring dengan dua bantal menyokong di bahagian kepala dan satu di bahagian antara lutut dan paha untuk mengelakkan ketegangan pada sendi sakroiliak.
*Baring terlentang adalah tidak digalakkan selepas empat bulan ke atas kehamilan.
Semasa hendak bangun dari tidur
*Jika hendak bangun dari katil, pastikan lutut dibengkokkan.
*Pusingkan badan ke sisi, kemudian tolak badan ke posisi duduk menggunakan tangan dan lengan serta kaki di bawa ke sisi tepi katil.
Semasa mengangkat objek
*Pastikan tapak kaki dibuka sedikit, dengan sendi pinggul dan lutut dibengkokkan serta pinggang lurus. Ibu seharusnya merasakan ketegangan di bahagian paha dan bukan di pinggang.
*Pastikan barang yang diangkat dibawa dan dipegang rapat di bahagian tengah kea rah badan. Gunakan lengan dan kaki untuk mengangkat barang.
*Elakkan mengangkat barang yang berat semasa mengandung.

0 ulasan: