Isnin, 22 Disember 2014

Resipi mudah Marmalade kegemaran Paddington



Marmalade dalam bahasa Melayunya ialah jam yang diperbuat daripada buah-buahan yang diawetkan untuk tahan lebih lama.
Resepi yang akan dikongsikan ini menggunakan buah oren, tetapi anda juga boleh menggunakan buah-buahan lain mengikut citarasa anda.

Jika anda penah menonton cerita animasi "Paddington" yang terkenal sejak tahun 1958, beruang Paddington sangat sukakan marmalade.

Jadi, bersempena filem "Paddington" yang sedang ditayangkan dipawagam, jom kita belajar resepi mudah marmalade oren yang dipetik daripada Simply Recipes.

Sumber foto: kimfarmmarket
Bahan-bahan:
12 biji buah oren
4 cawan air
2 biji lemon
4-5 cawan gula putih

Peralatan yang perlu ada:
Periuk separuh besar
Pemerah jus
Pisau
Cawan pengukur besar
5-8 bekas kaca kedap udara
Beg muslin jeli

Cara-cara:
1. Bersihkan buah oren terlebih dahulu. Kemudian kesemua buah oren dipotong dua dan diperah sehingga dapat 2 cawan jus oren. Simpankan biji ataupun isi buah oren tersebut untuk dibuat pectin.
2. Bersihkan kulit oren sehingga tiada lapisan putih di dalam dan potong halus kulit oren yang dibersihkan tadi. Pastikan anda mendapat 4 cawan kulit oren yang dipotong.
3. Perahkan sebiji lemon dan dicampurkan bersama jus oren tadi. Simpan isi dan biji sama seperti buah oren tadi. Kemudian masukkan biji dan isi buah lemon dan oren yang disimpan tadi kedalam beg muslin jeli.

Langkah memasak:
1. Masukkan jus oren dan lemon ke dalam periuk besar. Kemudian masukkan hirisan kulit buah oren dan sebiji lagi buah lemon yang di potong lapan bersama air.
2. Masukkan beg muslin jeli yang telah diisi isi buah oren dan lemon ke dalam periuk dan diikatkan di tepi periuk.
3. Biarkan ke semua bahan tersebut mendidih selama 30 minit tanpa ditutup sehingga kulit buah oren menjadi lembut dan masak sepenuhnya.
4. Apabila sudah masak sepenuhnya, biarkan sejuk seketika, kemudian tuangkan campuran tadi ke dalam cawan pengukur besar dan kirakan banyak mana campuran yang anda peroleh.
5. Pastikan anda peroleh dalam 4 hingga 5 cawan campuran berkenaan dan masukkan semula ke dalam periuk.
6. Kemudian masukkan 7/8 cawan gula dan apabila gula sudah cair dan sebati, rasa campuran tersebut. Anda boleh menambah lagi gula mengikut kemanisan yang anda inginkan.
7. Apabila campuran tadi sudah masak ia akan kelihatan seperti jeli. Kemudian masak lagi dengan api sederhana tinggi dan pastikan tiada jeli ataupun marmalade yang melekat di dinding periuk.
8. Untuk mengetahui sama ada marmalade anda sudah siap untuk di masukkan dalam bekas kaca, anda boleh memeriksa keadaan air pada marmalade tersebut. Sekiranya cair, bermakna ia belum masak sepenuhnya, jika ianya likat bermakna ianya sudah siap dimasak dan anda boleh menuang kedalam bekas kaca kedap udara.

Sedapnya. Boleh la anda menikmati marmalade oren ini sambil menonton filem "Paddington"!

Selamat mencuba!

[Sumber Foto: dailymail]

0 ulasan: