Jumaat, 26 Disember 2014

Wajib Cuba! Keistimewaan Aiskrim Gulung Pulau



Aiskrim Gulung? Anda pernah merasai Aiskrim Gulung Pulau Langkawi? Pencuci mulut istimewa ini dijual di Pantai Chenang, Langkawi. Menurut page Kedah Kampung Cheq, aiskrim ini biasa terdapat di Thailand tetapi kini sudah boleh diperolehi di Langkawi.
Bila melihat pada video, segi pembuatannya sekali imbas seperti memasak daging burger. Namun, ia sebenarnya adunan cecair perisa vanila dan puri buah-buahan sedang digoreng untuk dijadikan aiskrim. Apa yang menarik lagi, perisa aiskrim bergantung kepada puri buah-buahan seperti blueberi, buah naga, strawberi, mangga, kiwi dan durian belanda. Cara pembuatannya, adunan vanila dan puri buah-buahan digoreng kemudian diratakan nipis di atas kuali bersuhu sejuk beku -30 darjah Celsius. Dalam tempoh dua saat adunan tadi akan menjadi aiskrim dan ia kemudian digulung. Pelanggan juga boleh memilih kacang, coklat urai, kismis hitam, coklat cair dan gula-gula marshmallow sebagai penghias tambahan untuk aiskrim tersebut.





Lokasi: Sebelah Mc’Donald dalam The Zon Free Duty, Pantai Cenang, Langkawi
Sumber : Kedah Kampung Cheq & Kosmo

2 ulasan:

ezyra taharin berkata...

wahhh tak pernah tahu pon ais krim macam ni..sye memang suka makan ais krim..menarik betul la...btw klik 5 INTI hehe

Zie Madini berkata...

uniknya ice cream ni sis. teringin plak rasa nak cuba. hehe