Sabtu, 31 Januari 2015

12 Adat Tradisi Perkahwinan Dari Seluruh Dunia

Adat perkahwinan Melayu di Malaysia terkenal dengan adat merisik, majlis berinai, membawa dulang hantaran, bersanding, majlis menepung tawar dan pelbagai lagi. Tapi, tahukah anda mengenai adat tradisi perkahwinan dari seluruh dunia yang sangat berbeza antara satu sama lain?
Jom tengok:
1. Pasangan pengantin di Venice akan menaiki gondola melalui terusan besar.81389618079_950x600
2. Foto yang pernah diterbitkan pada isu bulan Jun 1951 di National Geographic menunjukkan dua wanita yang menjalankan tradisi sembahyang ‘rosaries’ di gereja St. Wolfgang, Austria sedang berbual. Ibu pengantin lelaki sulung akan memakai topi berbentuk kipas yang berusia lebih daripada 500 tahun untuk diturunkan kepada pengantin perempuan.2
3. Pengantin perempuan Yahudi Yaman di Gaza memakai pakaian perkahwinan tradisional kaumnya. Gambar ini pernah muncul dalam isu Julai 1985 National Geographic.3
4. Paderi Addisu Abebe, 23, bersama isterinya Destaye Amare, 11, berkahwin dalam majlis tradisi orang Ethiopia di Gondar. Menurut jurugambar, Stephanie Sinclair, memandangkan Abebe adalah paderi, beliau diwajibkan berkahwin dengan anak dara.4
5. Di Kazakhstan, pengantin diapit oleh dua penari tradisional ketika menanti wajahnya didedahkan di pentas yang dipanggil ‘Astana’. Majlis akan bermula sebaik sahaja kain yang menutupi wajahnya dibuka.5
6. Mengikut tradisi, keluarga Samburu di Kenya mengatur perkahwinan untuk anak-anak perempuan mereka semuda 10 tahun. Tarian pahlawan akan dilakukan (seperti dalam gambar) dipercayai membawa tuah kepada pasangan baru.6
7. Di majlis perkahwinan tradisional Afghanistan, pengantin perempuan akan memakai pakaian yang menonjol dan solekan yang tebal. Pada perkahwinan di Kabul, Afghanistan, pengantin perempuan memakai warna hijau iaitu warna yang dikaitkan dengan kemakmuran dan syurga.7
8. Majlis perkahwinan secara besar-besaran diadakan di Dewan Memorial Chiang Kai-shek di Taipei, Taiwan.8
9. Mengadakan majlis perkahwinan berdekatan bongkahan air batu merupakan tradisi orang Alaska.9
10. Di Bilcice, Republik Czech pasangan pengantin akan berjalan kaki ke rumah dari gereja selepas majlis perkahwinan selesai.10
11. Saudara-mara pengantin lelaki meraikan pengantin lelaki Ameen Ararah, 21, pada majlis perkahwinan beliau di Bandar Lama Sanaa, Yaman. Negara yang hampir separuh berpendapatan US$1.45 sehari, biasanya menggunakan lebih US$5000 untuk majlis perkahwinan.11
12. Di Gunung Atlas Maghribi, pengantin kaum Barbar akan memakai pakaian tradisi mereka dan meraikan adat istiadat perkahwinan selama empat hari. Dalam satu tradisi, pengantin perempuan menyucikan diri dengan menggunakan air sungai.12
Sumber: Astro Awani


PERCUMA SAMPEL PRODUK FEMININ

0 ulasan: