Ahad, 11 Januari 2015

6 Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

eye bag

Masalah lingkaran gelap bawah mata mungkin disebabkan kekurangan tidur tetapi bukan itu sahaja, jika anda ketagih kopi dan terlalu banyak minum alkohol, ini adalah masanya anda mengurangkan kedua-duanya. Hal ini kerana kopi dan alkohol mengandungi peransang yang boleh menyebabkan lingkaran gelap bawah mata anda.
Malah, jika anda kekurangan vitamin tertentu, kesannya boleh nampak pada kulit. Jika diet harian anda adalah tanpa vitamin tertentu, inilah masanya untuk anda mula menggabungkan makanan yang lebih sihat dalam pola pemakanan anda.  Makan banyak makanan yang mengandungi vitamin E dan C yang baik untuk kulit.
1. Campurkan kuning telur dengan perahan lemon dan madu. Bahan itu dijadikan pupur dan lebihkan sedikit di sekitar bawah mata. Lakukan sekali sehari pada waktu tidur dan cuci keesokan paginya.
2. Sapukan sedikit minyak pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan selama 10-15 minit sebelum mencuci muka dengan air bersih. Amalkan sebelah malam sebelum tidur.
3. Campurkan perahan air lemon dengan air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata 2 kali sehari.
4. Basuh uncang teh yang telah digunakan. Kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Keluarkan uncang dan letakkan di mata. Biarkan selama 15 – 30 minit, lakukan sebelum dan selepas tidur.
5. Kupas kentang dan bersihkan. Kemudian potong nipis-nipis dan lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit, amalkan selalu.
6. Setiap pagi setelah bangun tidur ambil air sejuk dari peti ais dan tuangkan sedikit ke dalam cawan. Sapukan di bawah kelopak mata.

0 ulasan: