Rabu, 28 Januari 2015

Dahulu Ice Bucket Challenge, Kini China Anjurkan Cabaran Mandi Ais Ekstrem

china7

Tahun lalu, satu dunia heboh mengenai Ice Bucket Challenge yang rata-rata selebriti terkenal dan orang ramai melakukannya bagi mengumpul dana membantu pesakit ALS.
Tetapi, baru-baru ini bertempat di Zhangjiajie, Hunan China, mereka telah melakukan suatu acara tahunan yang lebih mencabar. Cabaran mandi ais ekstrem dilakukan di dalam suhu kosong darjah selsius.
Seramai 30 orang peserta telah menyertai cabaran extreme tersebut. Terdapat acara saringan dimana setiap peserta perlu menahan diri disimbah 6 baldi air ais. Hanya selepas melepasi saringan ini mereka dibenarkan berendam di dalam kolam ais yang disediakan.
china3chinachina2china4china5china6
Anda berani melakukan cabaran ini?


0 ulasan: