Sabtu, 31 Januari 2015

Disney Ubah Selebriti Asia Tenggara Jadi Seperti Ikon Disney Princess

Re-imagined Disney Princesses (3)

The Walt Disney Company Southeast Asia (TWDC SEA) telah menugaskan Michael Chevas, jurugambar imaginatif yang terkemuka dari Thailand, untuk merubah sembilan selebriti dari seluruh Asia Tenggara menjadi ikon Disney Princess sebagai sebahagian daripada sesi fotografi kalendar Disney Princess 2015. Bersama tiga lagi model terpilih, 12 wanita ini menjadi lambang hikayat Disney Princess.
Selebriti pilihan dari Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand yang menggayakan konsep baharu tetapi masih mengekalkan ciri-ciri klasik Disney Princess telah berjaya menghayati watak wiranita anggun yang disukai ramai terutamanya menggalakkan gadis-gadis untuk mencapai potensi diri mereka. Berbekalkan warisan penceritaan yang tiada tandingan dan watak kesayangan ramai, setiap Disney Princess melambangkan kualiti inspirasi unik seperti baik hati, kekuatan, kasih sayang, kesetiaan dan keberanian.
Sembilan selebriti terpilih ialah personaliti yang menunjukkan sifat positif dan menjadi inspirasi terbaik kepada kanak-kanak untuk mengetahui bahawa kecantikan yang sebenar datang dari sifat dalaman seperti hati yang baik, pemurah dan penyayang. Selebriti ini ialah:
Indonesia
  • Sandra Dewi sebagai ‘Cinderella’

Malaysia
  • Daiyan Trisha sebagai ‘Snow White’
  • Marsha Milan sebagai ‘Elsa’
Re-imagined Disney Princesses (1)
Filipina
  • Kim Chiu sebagai ‘Mulan’
  • Sarah Geronimo sebagai ‘Rapunzel’


Thailand
  • Best sebagai ‘Jasmine’
  • Gam sebagai ‘Maleficent’
  • Proud sebagai ‘Ariel’
  • WaWa sebagai ‘Belle’




Peminat dari seluruh Asia Tenggara boleh melayari laman Facebook Disney Channel (www.facebook.com/DisneyChannelAsia) untuk melihat gambar-gambar Disney Princess yang diberi nafas baharu.

PERCUMA SAMPEL PRODUK FEMININ

0 ulasan: