Sabtu, 24 Januari 2015

Kerepek kentang bakar yang rangup



Bagi penggemar kerepek kentang, anda perlu cuba resepi mudah ini kerana pasti anda akan menggemarinya dan tidak boleh berhenti mengunyah.


Selalunya, kerepek kentang yang dijual harganya agak mahal dan kuantitinya tidak banyak.

Pasti kerepek kentang rangup ini akan menjadi kerepek kentang yang terbaik yang pernah anda rasa.

Jom cuba resepi mudah kerepek kentang rangup bakar yang dipetik daripada Simply Recipes.

Bahan-bahan:
4 biji ubi kentang yang dibuang kulit dan dipotong 1/8 inci
¼ cawan mentega yang telah dicairkan
Garam

Cara menyediakan:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 260 darjah selsius. Sapukan dulang pembakar dengan minyak kanola.
2. Letakkan kentang yang telah dipotong kedalam mangkuk yang berisi ais selama 5 minit untuk membersihan kentang. Kemudian biarkan ia kering sebelum susun di atas dulang pembakar. Guna berus masakan untuk menyapu mentega cair pada kentang.
3. Masukkan ke dalam ketuhar selama 12 hingga 15 minit sehingga warnanya keemasan. Apabila sudah masak, taburkan garam pada kerepek kentang anda.

Memang mudah sangat dan rasanya yang rangup. Selamat mencuba!

[Sumber Foto: Sift, Stir and Savour]

0 ulasan: