Jumaat, 30 Januari 2015

Ketahui 10 Rahsia Awet Muda. #4 Paling Best

happy faces

Perumpamaan tua sebelum waktunya – mesti wanita tidak suka dengarkannya, bukan? Walaupun usia dalam lingkungan 20-an, anda tentunya ingin kembali ke zaman remaja dan bila usia menginjak 30-an anda ingin pula kelihatan sepuluh tahun lebih muda. Itulah lumrah kehidupan yang punya kitarannya.
1. Tea Time – Ramai pakar percaya teh adalah remedi serta minuman yang bagus untuk tenangkan diri yang sedang stress. Ada banyak jenis teh untuk pelbagai keperluan tetapi kajian mendapati teh hijau adalah yang paling sesuai untuk mengekalkan elastisiti kulit dalam proses matang.
2. Senyum & Ketawa – Dengan timbunan kerja serta deadline yang menanti, ada kalanya keceriaan dapat mengurangkan tekanan yang menjadi penyumbang utama kepada penuaan sebelum waktu. Ajak teman sekerja berbual seketika dan berkongsi cerita kelakar atau manis untuk pertingkat tahap ceria.
3. Lindungi Kulit –  Tentu anda pernah mendengarnya sebelum ini tetapi jangan sesekali skip rutin penjagaan kulit yang paling utama iaitu memakai krim tabir suria. Selaran matahari terik sama ada di tempat terlindung atau terbuka sama yang akan membuat wajah mudah berkedut.
4. Nap Time – Ramai antara kita yang kurang tidur terutama semakin meningkat usia menjadikan hormon tubuh lebih huru-hara. Jika berpeluang tidur seketika selama 20 minit (jika terlebih dari ini anda mungkin akan lebih penat) kerana ia akan meningkatkan tenaga dan bantu kurangkan lingkaran gelap.
5. Riadah Riang – Anda pun tahu senaman baik untuk kesihatan dan juga membantu meningkatkan keyakinan diri. Bagaimana ia membantu anda muda? Pilih aktiviti yang menyeronokan seperti kelas tarian atau aerobik yang buat anda rasa seperti orang muda.
6. Cari Teman Ceria – Saat anda perlu naikkan semangat, ajak rakan yang berpewatakan ceria untuk keluar minum kopi atau makan malam selepas waktu kerja. Rakan yang positif amat mudah meresap aura postif dalam diri anda juga.
7. Rutin Cantik - Jika selama ini anda menggunakan produk kecantikan seperti bedak asas yang sama, cuba ubah dan pilih sesuatu yang memberikan lebih kebaikan untuk kulit anda yang secara fizikal sudah berubah mengikut usia.
8. Menu - Makanan yang berwarna merah kaya dengan antioksidan dan bahan yang membantu melambatkan proses penuaan. Tambahkan makanan seperti tembikai, aneka beri dan tomato kerana buah manis seperti ini dapat membantu mencerdaskan minda dengan melawan mental menjadi lemah kerana faktor usia.
9. Coklat – Dark chocolates dikatakan mengandungi antioksidan anti-penuaan yang lebih berbanding jus buah-buahan serta kaya dengan bahan untuk jantung yang sihat. Jadi tidak salah untuk nikmati coklat lazat sekali sekala.
10. Salmon – Banyak kajian telah menunjukkan asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan seperti salmon, tuna dan sardine dapat melambatkan proses penuaan.

0 ulasan: