Sabtu, 31 Januari 2015

Mesti Cuba! Häagen-Dazs Perkenal Menu Mewah Baharu

Haagen Dazs Fondue

Peminat ais krim Häagen-Dazs, ini berita baik untuk anda. House of Häagen-Dazs memperkenalkan sajian hasil seni istimewa yang menggoda deria melalui menu baharunya.
Memaparkan hidangan signature yang ikonik, sajian kegemaran ramai serta minuman aiskrim yang menyegarkan, menu baharu ini membenarkan penggemar jenama Häagen-Dazs untuk tampil dan menikmati pengalaman menarik dalam menikmati hidangan untuk memanjakan diri atau dikongsi bersama insan tersayang.
Empat bahagian ciptaan pencuci mulut dan minuman dalam menu baharu ini:
1. Signature Collection memaparkan sajian signatur Häagen-Dazs Fondue yang menjadi kegemaran ramai. Pilihan sempurna untuk dikongsi bersama rakan-rakan dan insan tersayang, sajian elegan ini kaya dengan tekstur dan rasa ekoran sos coklat bersama pilihan coklat gelap atau susu, urai kacang badam rangup serta beraneka pilihan aiskrim, buah-buahan bermusim dan pastri.
Haagen Dazs Banana Split
2. Classic Creations memaparkan sajian aiskrim kegemaran ramai yang telah menawan deria dengan standard tertinggi sepanjang zaman. Ciptaan-ciptaan ini melengkapkan pelbagai perisa aiskrim Häagen-Dazs yang diperbuat daripada ramuan-ramuan asli dan terbaik. Peminat-peminat Häagen-Dazs pasti rambang mata membuat pilihan menerusi sajian Banana Split, Flower Blossom, rangkaian Häagen-Dazs Crunch, Seventh Heaven dan pelbagai lain yang ditawarkan di sini.
Haagen Dazs Seventh Heaven
3. Pelbagai rangkaian Ice-Cream Drinks, daripada float dan frappe yang kaya dengan perisa aiskrim terkenal Häagen-Dazs sehingga ke sajian kopi berasaskan aiskrim. Satu sajian utama ialah Salted Caramel Latte, ciptaan semula minumanlatte klasik yang diperbuat daripada kopi espreso, susu panas dan diadun bersama aiskrim Salted Caramel Häagen-Daz untuk keenakan yang luar biasa.
Haagen Dazs Party Hat
4Create Your Own dengan hampir 20 perisa yang boleh dipilih, peminat-peminat Häagen-Daz boleh memaparkan daya kreatif mereka dan memilih bilangan skup aiskrim, hiasan, sos dan pastri untuk melengkapkan ciptaan masing-masing.
Haagen Dazs Paradise
Sesuai sebagai hidangan solo atau ketika bergembira bersama rakan-rakan dan keluarga, menu baharu ini kini ditawarkan di kafe-kafe Häagen-Daz di seluruh negara.
Kafe Häagen-Dazs
Klang Valley
1Utama | Bangsar Village II | Lot 10 | KLCC | Mid Valley | Nu Sentral | SohoKL | Sunway Pyramid
Perak
De Garden, Ipoh
Pulau Pinang
Pulau Tikus | Queensbay Mall | Autocity.
Johor
Komtar JBCC

0 ulasan: