Jumaat, 13 Februari 2015

Dekorasi Fabrik Langsir Hiasi Alunan Ruang Majlis

Jika dahulu, langsir atau dekorasi berupa kain hanya digunakan untuk menghiasi kamar beradu atau singgahsana pelaminan raja dan ratu sehari sahaja. Tetapi kini, mengikut arus kemodenan dan gaya hias yang sudah ditukar ganti dan ditambah baik, penggunaan kain digubah sehingga ke atas bumbung dewan agar ilusi luas dan alunan itu kelihatan seperti di kayangan.

dekorasi fabrik
Dengan dekorasi fabrik langsir yang kreatif mengikut kesesuaian dewan dan majlis, ilusi dewan yang lebih luas dan tersergam indah dapat diwujudkan. Ditambah pula dengan satu hiasan tumpuan seperti lampu chandelier yang besar di tengah-tengah perkarangan dewan atau juraian lampu hiasan memenuhi ikatan kain itu sudah cukup indah untuk dilihat dan mampu memukau pandangan para tetamu yang hadir.
dekorasi fabrik4dekorasi fabrik2
Bercakap mengenai perancangan perkahwinan, ianya bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Pemilihan lokasi untuk mengadakan majlis adalah perkara utama yang bakal bermain di fikiran anda dan si dia. Jika merancang untuk mengadakan majlis di dewan, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa tip mudah dan ringkas berkenaan dengan bagaimana membuat pemilihan dewan yang bersesuaian untuk majlis anda nanti.
1. Pilih dewan yang berdekatan dengan lokasi rumah anda untuk memudahkan perjalanan anda seisi keluarga serta rombongan daripada pihak bakal isteri atau suami.
2. Pastikan dewan yang dipilih menawarkan harga dan pakej yang berpatutan.
3. Pastikan anda memilih dewan yang mempunyai kemudahan parking yang banyak bagi memudahkan para jemputan untuh hadir ke majlis anda.
4. Seeloknya, pastikan anda menempah dewan 12 bulan sebelum majlis berlangsung kerana bimbang dewan bakal penuh dan kemungkinan caj yang akan dikenakan juga berlipat kali ganda.
5. Pastikan juga dalam masa yang sama dewan yang menjadi pilhan anda itu mempunyai kemudahan plug dan sistem audio yang baik agar majlis berjalan dengan lancar.
6. Tentukan juga samaada dewan itu mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan apakah ianya menggunakan kipas ataupun penghawa dingin.
Sumber: Pesona Pengantin Karangkraf

0 ulasan: