Ahad, 15 Februari 2015

Ketahui Kebaikan ‘Maternity Pillows’ Buat Wanita Hamil

Maternity / pregnancy pillows’ ataupun bantal ibu mengandung adalah sangat popular dalam kalangan ibu-ibu mengandung di seluruh dunia, terutamanya di UK dan US, dan kini telah memasuki pasaran Malaysia. Ia khusus direka bukan sekadar untuk memberikan keselesaan kepada si ibu yang hamil, tetapi untuk menjadikan tidur lebih nyenyak dan selamat untuk si ibu dan anak dalam kandungan.

Salah satu cabaran terbesar semasa hamil adalah untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa, terutamanya jika anda biasa tidur meniarap atau menelentang. Bahayanya tidur menelentang adalah ia akan meletakkan berat uterus anda sepenuhnya pada bahagian belakang, usus kecil dan vena kava inferior. Malah, berbaring menelentang juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat sakit belakang dan buasir, selain masalah penghadaman, pernafasan, pengaliran darah, dan juga tekanan darah rendah.
Jadi, untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, wanita hamil boleh cuba menggunakan ‘maternity pillows’ yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika tidur.
Kebaikan Bantal Ibu Mengandung
  • Dapat mengatasi masalah sakit belakang ibu hamil.
  • Membantu menetapkan pinggul dan tulang belakang anda pada kedudukan neutral.
  • Menggalakkan peredaran darah yang lebih baik.
  • Melegakan tekanan pada perut, belakang, bahu, leher, pinggang dan kaki semasa tidur.
  • Selepas anda bersalin, bantal ini adalah bantal sokongan yang sempurna untuk anda dan bayi semasa penyusuan.
Jenis Bantal Ibu Mengandung
Bantal-Ibu-Mengandung
1) Snoogle Pillow
Bantal berbentuk C ini sangat sesuai untuk menyokong perut anda ketika tidur atau baring. Malah, ia juga akan memberikan sokongan kepada belakang tubuh badan, punggung, leher dan juga kaki. Tidur secara mengiring dengan menggunakan bantal ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah ke placenta anda.
2) The Swirl Pillow
Bantal jenis ini membolehkan anda untuk melihat televisyen ataupun melakukan aktiviti membaca dengan selesa. Ia akan memberikan sokongan kepada tulang belakang anda, sekaligus melegakan kesakitan sakit belakang dan juga leher.
3) Swirl Around Pillow
Bantal jenis ini pula boleh digunakan ketika membaca di atas katil atau di mana-mana sahaja, ataupun ketika menyusukan bayi. Ia dapat memberikan sokongan kepada belakang anda.
leachco-snoogle
Cara Memilih Bantal Ibu Mengandung
  • Kunjungi kedai yang menjual beberapa jenis bantal ibu mengandung kerana anda boleh mencuba mana yang sesuai buat anda bagi memberikan 100% keselesaan ketika baring.
  • Pilih bantal ibu mengandung yang berbentuk tubuh penuh bagi memberikan sokongan kepada kepala, punggung, pinggul dan leher ketika tidur.
  • Jika anda inginkan bantal yang boleh memberi sokongan kepada perut anda ketika tidur mengiring, pilih bantal ibu mengandung jenis snoggle kerana bantal jenis ini boleh ditempatkan di antara lutut anda untuk meningkatkan keselarasan kaki dan pinggul.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bantal ibu mengandung, anda boleh layari Lazada atau Geboo Pregnancy Pillow.
Sumber: Women Online Magazine

0 ulasan: