Jumaat, 13 Februari 2015

Lebih Besar & Pelbagai Pilihan Jenama di Sephora, Starhill Gallery

Sephora di Starhill Gallery telah menjadi ikon seni bina terkemuka di Bukit Bintang. Terkenal dengan luaran yang unik dan menarik perhatian, Sephora boleh dikatakan menjadi destinasi pilihan untuk kaum wanita yang ingin memanjakan diri mereka.
Mempunyai pelbagai jenama eksklusif dan terkenal di peringkat antarabangsa seperti Marc Jacobs, Stila, Tarte, Skin Inc, Percy & Reed dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, Sephora juga menawarkan pelbagai pilihan jenama untuk solekan, penjagaan kulit, penjagaan rambut, kuku dan juga wangian. Segalanya mudah boleh didapati di sana.
750_4511
Selepas dinaik taraf, Sephora di Starhill Gallery kini lebih besar dan mempunyai pelbagai jenama kecantikan ditawarkan. Apa yang menarik pada kali ini ialah pelanggan yang datang boleh mencuci mata dengan produk kecantikan baru Sephora – Beauty on the Fly. Terletak di hadapan kaunter bayaran, Beauty on the Fly membolehkan pelanggan menerima sampel beberapa produk kecantikan.
Kedai utama Sephora di Starhill Gallery terletak di 181, Jalan Bukit Bintang, 55100, Starhill Gallery Terrace, Kuala Lumpur. Dibuka pada jam 10 pagi sehingga 10.30 malam pada hari Isnin hingga Khamis manakala 10 pagi ke 11 malam untuk hari Jumaat hingga Ahad.
Mari lihat Sephora di Starhill Gallery selepas dinaik taraf.
750_4473
750_4475
750_4477
750_4480
750_4496

0 ulasan: