Sabtu, 21 Februari 2015

PEKERJAAN PALING COOL DI DUNIA — ‘HOTEL TEST SLEEPER’

Hotel test sleeper’ ataupun boleh juga dianggap sebagai mereka yang melakukan review keatas sesebuah hotel dikatakan adalah pekerjaan paling cool di dunia!
Zhang Xinyan, merupakan calon PhD dari Nankai University di Tianjin sangat bertuah kerana dapat melakukan kerja berkenaan. Beliau berkata, kerja beliau adalah mempromosikan sesebuah hotel, disamping menyatakan review (yang baik dan apa yang boleh ditingkatkan) mengenai lokasi, kemudahan, servis dan harga hotel tertentu.
71
Hakikatnya, pekerjaan ini bukan sekadar bersantai. Ia memerlukan kepantasan, menuntut dan melibatkan aktiviti blog dan laporan. Beliau kebiasaannya akan menerbitkan apa yang beliau dapati paling menarik mengenai sesebuah hotel itu, kemudian perkenalkannya kepada Weibo.
Setelah berpeluang menetap di dalam bilik hotel tertentu, beliau akan menulis satu laporan terperinci membincangkan makanan, bilik, dan pelbagai perkhidmatan hotel secara terperinci bersama gambar-gambar yang berkaitan.
Beliau juga akan bergerak dari hotel ke hotel untuk meneliti dan membandingkan aspek perkhidmatan dan kemudahan yang berbeza antara hotel-hotel yang ada.
Menarik!
25634
Sumber: Shanghaiist.com

0 ulasan: