Sabtu, 7 Februari 2015

Resepi mudah kek coklat lava yang enak!



Siapa yang tidak gemarkan pencuci mulut, lebih-lebih lagi jika ianya berperisa coklat.


Perisa coklat merupakan perisa wajib untuk apa sahaja jenis pencuci mulut kerana banyak permintaan dari penggemar coklat.

Tidak terkecuali untuk kek, pasti perisa wajib yang akan diminta oleh peminat kek adalah perisa coklat.

Kali ini, jom kita cuba resepi mudah kek coklat lava yang dipetik daripada Resepi Citarasawan,yang pastinya akan membuatkan anda terliur melihat lelehan lavanya.

Bahan-bahan:
200g coklat masakan
100g mentega tawar
4 biji telur besar
6 sudu besar gula kaster
6 sudu besar tepung gandum yang telah diayak
8 biji remekin atau cawan kecil yang disapu mentega

Cara menyediakan:
1. Cairkan mentega dan coklat masakan dengan menggunakan kaedah doubled-boiled hingga cair. Masukkan serbuk koko, kacau sampai larut.
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula sampai gebu dan warna putih pucat.
3. Masukkan adunan coklat dan tepung. Kacau hingga sebati hingga adunan menjadi likat.
4. Masukkkan adunan ke dalam cawan kecil atau remekin dan sejukkan dalam 30 minit.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah dan bakar selama 10 hingga 15 minit. Jangan terlebih bakar kerana kek akan masak sepenuhnya.
6. Pastikan permukaan kek masak dan bila ditekan di bahagian tengah, kek lembut seperti kurang masak.
7. Keluarkan dari remekin dan hias dengan gula icing sebagai hiasan.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

[Sumber Foto:Foodswol]

0 ulasan: