Selasa, 10 Februari 2015

Tips elak makanan terjejas dalam peti sejuk



Kita semua beranggapan apabila ingin menyimpan makanan dengan baik adalah menyimpan di dalam peti sejuk tanpa menyedari bahawa jika cara menyimpan yang salah ia boleh menjejaskan khasiat makanan itu.

Pasti ramai di antara kita yang tidak tahu bagaimana menyimpan makanan dengan betul dan sempurna agar makanan itu berada dalam keadaan selamat dan boleh dimakan semula.


Simpan sayur ditempat sesuai
Bagi mengelakkan sayur-sayuran dan buah-buahan rosak maka simpanlah di bahagian laci bawah peti sejuk. Ini penting untuk mengelak masalah pembekuan.

Asingkan bahan makanan
Amalkan menyimpan makanan yang telah dimasak di bahagian sejuk (atas) tetapi bezakan dengan bahan yang masih mentah. Ini kerana bahan-bahan seperti daging, ikan dan sayur-sayuran lazimnya mengandungi bakteria berbahaya yang boleh mencemarkan makanan yang siap dimasak sekali gus mengakibatkan masalah keracunan dan basi.

Cara simpan telur
Sebaiknya simpanlah telur di bahagian yang lebih sejuk dalam peti sejuk kerana suhu yang lebih rendah hanya akan melembapkan lagi proses pembiakan bakteria.

Bungkus sayur
Sayur-sayuran sebaiknya dibungkus dengan plastik berlubang berupaya mengurangkan kehilangan air sekali gus melancarkan pengaliran udara di dalamnya.

Alih makanan dalam tin
Makanan dalam tin yang telah dibuka tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk begitu sahaja. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca bertutup. Ini bagi mengelakkan berlakunya tindak balas logam (tin) ke atas udara apabila makanan berkenaan dibiarkan di dalamnya.

Sejukkan makanan sebelum simpan
Makanan siap dimasak tidak boleh diletakkan terus ke dalam peti sejuk. Sebenarnya ia adalah kaedah yang diguna pakai bagi menghalang pertambahan kelembapan di samping mengekalkan suhu di dalam peti sejuk. Cara paling mudah adalah dengan membiarkan makanan tersebut sejuk dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

[Sumber foto: 123rf.com]

0 ulasan: