Jumaat, 13 Mac 2015

HABBATUS SAUDA — PENAWAR PELBAGAI JENIS PENYAKIT

Kredit foto: pondokibu.com


Habbatus Sauda atau dikenali sebagai jintan hitam (Nigella sativa Linn.) merupakan sejenis tumbuhan herba yang berbunga secara tahunan. Ia tumbuh asli di bahagian selatan dan barat daya, benua Asia.
Pokok Habbatus Sauda mempunyai ketinggian 20 – 30 meter, manakala struktur daunnya lurus dan halus. Biji Habbatus Sauda yang berwarna hitam akan diproses atau dikisar sehingga mengeluarkan minyak, yang kemudiannya diminum untuk kesihatan atau digunakan dalam perubatan tradisional bagi merawat kencing manis. Di samping itu, terdapat juga yang dimasukkan ke dalam kapsul sebagai ubat untuk merawat penyakit.
Habbatus Sauda merupakan tumbuhan herba yang dianjurkan dalam agama Islam untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Diriwayatkan dari Aisyah RA, beliau mendengar Rasullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”.
Aku bertanya, “Apakah Al-Sam itu?”
Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”. – Hadis Riwayat Imam Bukhari
Antara Khasiat Habbatus Sauda
  1. Menguatkan sistem pertahanan tubuh badan. Kandungan yang lengkap dalam Habbatus Sauda menguatkan sistem pertahanan badan daripada serangan penyakit.
  2. Melancarkan peredaran darah dan membantu ke arah penyembuhan semula jadi.
  3. Membekalkan sel-sel yang diperlukan untuk menambah keupayaan tubuh, menyingkirkan ketumbuhan yang mengakibatkan barah.
  4. Membantu menguatkan kembali fungsi buah pinggang, hempedu, hati, jantung dan organ-organ lain dalam tubuh. Oleh itu, ia boleh membantu pesakit kencing manis, darah tinggi, gaot, jantung dan sebagainya.
  5. Kandungan nigellon yang terdapat di dalamnya adalah baik dan paling berkesan untuk merawat masalah kesukaran bernafas, asma dan lelah.
  6. Membersihkan perut, membuang angin, kahak dan pelbagai tindak balas berlaku semasa rawatan. Namun, ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan dan selamat digunakan.
  7. Minyak Habbatus Sauda membantu merawat kanser payudara dan kanser usus.
  8. Melancarkan pengeluaran susu bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu badan.
 Sumber: Women Online Magazine

0 ulasan: