Jumaat, 13 Mac 2015

KASUT ‘MELISSA X CINDERELLA’ LENGKAPKAN IMEJ BAK SANG PUTERI

316645151205

Bersempena dengan penghasilan semula filem klasik Disney, Cinderella, Melissa memperkenal dua reka bentuk kasut baharu yang menyerlah untuk rangkaian kasut klasik Ultragirl dan Lady Dragon yang akan membuat setiap wanita merasa seperti seorang puteri!
Kedua-dua reka bentuk kasut tersebut mempunyai rama-rama pada hujungnya yang menandakan kesucian, keindahan dan impian kerana ia bersesuaian dengan Cinderella yang terkenal dengan hati yang baik dan berani untuk mempunyai impian.
Kasut Melissa Ultragirl Cinderella boleh didapati dalam 4 pilihan warna yang menarik seperti berikut:
316630600500316630635500316630647800316631960400
Manakala, kasut Melissa Lady Dragon Cinderella pula tidak diragui adalah ‘kasut kaca’ untuk semua puteri.
316645151205316645151201
Koleksi kasut Melissa Cinderella ini boleh didapati di butik-butik MDREAMS (Pavilion, 1 Utama, dan The Gardens Mall) mulai Julai 2015.

0 ulasan: