Khamis, 19 Mac 2015

Masak telur dadar gebu lagi melazatkan



Telur dadar ini boleh dikatakan sebagai makanan wajib tidak kira bujang atau yang sudah berkahwin kerana ia boleh dimakan dengan nasi ataupun dimakan begitu sahaja.
Walaupun ia mudah dan cepat untuk dimasak, namun tidak ramai yang tahu bagaimana hendak menggebukan telur dadar.
Bahan-bahan- 2 biji telur
- Garam (secukup rasa)
- Cili (dipotong)
- Bawang besar (dihiris)
- Mayonis
- Minyak

Cara-cara
- Pertama, pecahkan telur ke dalam mangkuk kemudian letakkan secubit garam.
- Kedua yang juga rahsia untuk menjadikan telur dadar gebu adalah mayonis. Masukkan mayonis ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Pastikan mayonis anda telah berada dalam suhu bilik kerana jika sejuk ia akan menyebabkan mayonis berketul.
- Kemudian masukkan cili yang dipotong dan bawang besar. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti udang, daging ataupun isi ayam. Kacau semula untuk dua minit.
- Panaskan minyak terlebih dahulu dan selepas kuali sudah panas tuangkan perlahan-lahan ke dalam kuali.
- Apabila lapisan bawah sudah sedikit masak, terbalikkan telur tersebut ke bahagian yang lagi satu.
- Hidangkan bersama nasi putih bersama sup atau dimakan begitu sahaja.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

0 ulasan: