Isnin, 27 April 2015

4 Sebab "Avengers: Age of Ultron" wajib ditonton

Akhirnya selepas tiga tahun filem pertama "Avengers" diriliskan, ramai yang ternanti-nanti sekuel filem ini iaitu "Avengers: Age of Ultron" yang bakal menemui penonton pada 23 April ini.

Filem "Avengers: Age of Ultron" ini dijangka akan menjadi filem terbesar untuk tahun ini dan pastinya anda tidak sabar untuk melihat Iron Man, Thor, Captain America, The Hulk, Black Widow dan Hawkeye beraksi menentang penjahat.

Bagaimanapun, jika masih perlu banyak sebab mengapa anda perlu tonton filem "Avengers: Age of Ultron" ini, kami ada lima sebab untuk anda!

The Avengers kini lebih global


Untuk sekuel kali ini akan menjanjikan penuh dengan aksi apabila The Avengers terpaksa mempertahankan dunia daripada Ultron yang mahu manusia pupus di muka bumi. "Age of Ultron" menjalani penggambaran di banyak negara antaranya Itali, New York (dimana Menara Avengers dibina), Afrika Selatan, England dan juga Korea Selatan. Selain itu, beberapa karakter baru juga akan ditampilkan dalam filem kali ini.

Senjata, peralatan baru & canggih


"Age of Ultron" akan menyaksikan The Avengers perlu lebih bersedia untuk menentang musuh baru dan ini akan menyaksikan Tony Stark akan mereka senjata dan peralatan baru yang lebih canggih untuk setiap anggota The Avengers.

Kesan Visual


Tidak hairanlah apabila "Age of Ultron" akan menggunakan banyak kesan visual (special effects) iaitu 3,000 syot VFX merangkumi lebih 10 rumah VFX termasuk Industrial Light & Magic. Selain itu, filem kali ini juga akan menyaksikan penggunakan syot daripada dron dan kereta kawalan jauh digunakan yang dikendalikan oleh Juara Kebangsaan Korea, Menstru Pa dan Pak Min Keu.

Hulkbuster vs The Hulk


Dalam "The Avengers" apabila Bruce Banner bertukar menjadi hijau dan marah pada kali pertama ketika dalam Hellicarrier telah menyebabkan tiada siapa dapat menghalangnya. Kali ini The Hulk akan bertemu dengan lawan sebenarnya seperti kata perpatah 'buku bertemu ruas'.

0 ulasan: