Khamis, 2 April 2015

Suara korang sedap bak buluh perindu?

Suara korang sedap bak buluh perindu? Tunggu apa lagi, tunjukkan bakat dengan masuk pertandingan yang dianjurkan oleh InnerShine® ini.
Korang cuma perlu menyanyi semula lagu InnerShine® Seri dengan gaya tersendiri dan muat naik video tersebut di Facebook atau Instagram korang dan hashtag #InnerShineSeri. Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini, layari Facebook InnerShine Club.
Mudah kan? Hadiah yang dijanjikan pun lumayan juga. Pemenang pertama akan memenangi wang tunai berjumlah RM2,000, berserta produk dan peluang merakamkan lagu bersama Hadi Hassan.
Pemenang tempat kedua pula akan membawa pulang wang berjumlah RM1,500 dan produk. Manakala pemenang tempat ketiga akan dihadiahkan wang bernilah RM1,000 dan produk. Jangan lupa cuba, okay!


0 ulasan: