Ahad, 21 Jun 2015

APA ITU KEPUTIHAN?.

APA ITU KEPUTIHAN?...
Nak tahu keputihan normal macam mana ? Check bawah ni
1- Keputihan warna putih jernih :
----> Warna putih jernih mcm putih telur , dan takkan melekat di panties walaupun ada di vagina. Lepas buang air, masa nak bersihkan bahagian bibir vagina, baru ia akan keluar. Panties akan kering sentiasa kerana keputihan normal tak melekat ke panties
2- Keputihan warna putih susu :
... ... ----> Warna putih susu menandakan keadaan vagina anda tidak sihat, boleh jadi kerana jangkitan fungi di persekitaran dalam servics. Keputihan jenis ini akan meninggalkan kesan kekuningan pada panties.
3- Keputihan warna coklat atau hijau
----> persekitaran vagina anda sgt lah tak okay. Biasanya keputihan mcm ni akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan di sekitar vagina. Paling teruk, anda akan rasa panas dia bahagian vagina seperti pijar kena cili di susuli rasa gatal teramat. Ni tanda jangkitan fungi jenis candida sp (etc : Candida albicans ) dan berlaku bila anda tidak menjaga kebersihan sekitar vagina anda
p/s : Candida albican memang selalu ada di vagina anda tapi di seimbangkan oleh beberapa bakteria lain. Tapi bila keseimbangan ni terganggu disebabkan perubahan diet, hormon, atau penyakit lain, mereka akan berganda menjadi infection. Jadi, kalau anda ada masalah keputihan, tandanya, bdan anda tak berada dlm keseimbangan lah tu
Keputihan 2 - Keputihan 2
RAMAI menganggap menceritakan mengenai masalah alat sulit atau alat kelamin kepada orang lain sesuatu yang tabu atau memalukan. Akibatnya ramai wanita mengambil sikap berdiam diri apabila berhadapan masalah ini kerana tidak mahu diketahui orang lain.
Hakikatnya pada zaman sains dan teknologi ini, hal berkaitan masalah membabitkan kawasan paling sensitif bagi wanita tidak sepatutnya disembunyikan. Dalam kehidupan mereka, penjagaan alat sulit dianggap penting kerana berkait rapat dengan perkara yang berlaku kepada hampir semua wanita seperti pengeluaran darah haid serta hubungan seksual dan kehamilan bagi wanita yang sudah mendirikan rumah tangga. Alat sulit yang tidak dijaga sepenuhnya akan menyebabkan jangkitan kuman yang menjadi punca kepada masalah keputihan serta penyakit berkaitan seksual.
Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.
Ini berlaku kerana bahagian alat sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran terutama keasidan dan kealkalian. Justeru, setiap perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, virus dan kulat, penggunaan produk pembersih atau persekitaran akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal atau mengeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau.
“Keputihan adalah cairan atau lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan selanjutnya,” katanya.
Menurut Dr Jaafar, pengeluaran cairan atau lendir pada kelenjar mulut vagina (faraj) dipengaruhi rangsangan berahi. Oleh kerana itu lendir ini akan meningkat jumlahnya dalam keadaan terangsang dan pada waktu berlakunya persetubuhan.
Pengeluaran cairan pada selaput liang vagina dan rongga rahim dipengaruhi oleh hormon. Oleh itu lendir ini akan meningkat jumlahnya sebelum dan sesudah haid atau sewaktu menghampiri waktu subur. Pada peringkat menopaus, pengeluaran cairan atau lendir ini akan berkurang.
“Dalam kes normal, cairan atau lendir daripada ketiga-tiga sumber ini berwarna jernih, tidak berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Kadangkala cairan ini boleh keluar dengan banyak, tetapi tetap jernih. Ini banyak berlaku kepada semua wanita yang menghampiri waktu subur, sebelum atau sesudah datang bulan,” katanya.
Selain itu, cairan normal ini juga boleh berlaku kepada wanita yang sedang mengalami gangguan jiwa seperti bersedih atau gembira, wanita hamil, wanita yang mengambil pil perancang keluarga, wanita yang sedang dalam rawatan menggunakan ubat hormon malah bayi perempuan di antara umur satu hingga 10 hari boleh menghasilkan cairan daripada vaginanya akibat pengaruh hormon yang dihasilkan oleh plasenta atau uri.
“Wanita yang mengalami semua tanda di atas tidak perlu risau kerana ini adalah perkara biasa asalkan keputihan dialami tidak menyebabkan rasa tidak selesa atau gatal. Untuk mengenali keputihan yang tidak normal, biasanya cairan yang keluar bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, sering berbau busuk serta diiringi rasa gatal pada sekeliling faraj,” katanya yang menolak dakwaan keputihan disebabkan faktor pemakanan.
Dr Jaafar menjelaskan, keputihan biasa berlaku disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. Keputihan disebabkan jangkitan bakteria akan berwarna kuning, berbau hamis dan gatal pada kemaluan. Keputihan yang disebabkan jangkitan kulat pula berwarna susu bergumpal, berbau masam, rasa gatal dan kemaluan akan membengkak dan merah.
Katanya, keputihan kerap berlaku kepada wanita hamil, namun tidak berbahaya kerana disebabkan faktor psikologi saja. Apabila sudah melahirkan anak, masalah ini hilang dengan sendirinya.
“Namun, jangan diabaikan jika keputihan yang anda alami berada pada tahap kritikal kerana akan menyebabkan kelahiran bayi pramatang manakala kuman betahemolytic staph aureus akan menjejaskan kesihatan bayi. Bagi wanita yang belum berkahwin, keputihan akan menyebabkan mereka sukar mendapat zuriat

DAPATKAN MASKER VAGINA JAMU SUSUK DARA UNTUK ATASI MASALAH KEPUTIHAN ANDA!


BERMINAT? SMS/WHATSAPP ROSZALIZA 011-29292581

0 ulasan: