Sabtu, 4 Julai 2015

HARINI SAYA NAK SHARE APA ITU KEPUTIHAN?

HARINI SAYA NAK SHARE APA ITU KEPUTIHAN?
Vagina yang Sihat
Vagina adalah laluan di antara luar badan dan bahagian organ peranakan kita. pH vagina kita adalah berasid. Kenapa? Sebab dia nak elak ada jangkitan. Bahagian berasid ni terhasil daribakteria baik sedia ada. Vagina yang sihat akan keluarkan rembesan sendiri untuk bersihkan kawasan vagina, sama fungsi macam air liur terhasil dalam mulut.
Yang inilah yang kita panggil keputihan biasa.Kalau ada cubaan tukar keseimbangan pH bagi rembesan ni boleh membawa kepada keputihan.
Keputihan Biasa
Semua wanita alami keputihan. Kalau ia jernih atau warna hampir putih atau kekuningan bila kena seluar kita, maksudnya itu adalahkeputihan biasa. Kadang-kadang, ada bentuk tompok. Kadang-kadang nampak nipis atau berserabut. Kadang-kadang keputihan niberubah disebabkan beberapa perkara. Antaranya sebab kitaran haid, stress, pemakanan, mengandung atau bila kita ambil ubat-ubatan contoh pil perancang.
Kesan Kitaran Haid
Kitaran haid mempengaruhi keadaan vagina kita. Bila tengah-tengah kitaran, kita akan perasan keputihan bertambah banyak. Masa ni pH vagina akan meningkat dan kurang berasid pada hari-hari sebelum dan semasa haid. Masa ni lah biasanya jangkitan pada vagina berlaku.
Tanda-tanda Keputihan Tidak Normal / Jangkitan
Jika anda perasan keputihan anda nampak lain, maybe anda mengalami jangkitan.Jangkitan pada vagina adalah biasa, ramai wanita yang mengalaminya. So, jangan risau. Anda mungkin mengalami jangkitan jika mengalami perkara berikut.
1) Rasa gatal, ada ruam dan sakit selepas keluar keputihan
2) Keputihan yang lama dan bertambah banyak
3) Rasa pedih bila buang air kecil
4) Keputihan berketul-ketul
5) Keputihan berwarna kelabu/putih sertakuning/hijau dan berbau
DI JSD KAMI ADA PRODUK YG MERAWATI MASALAH KEPUTIHAN ANDA..

0 ulasan: