Selasa, 19 Januari 2016

Masalah selulit, lemak degil dan perut buncit??

Selulit




Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan  struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen. Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein. Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’ (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.

Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang tertumpu di perut dan dada.

Bagaimana Selulit Boleh Terjadi:-

  1. Memakan makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.
  2. Tekanan dan kurang rehat menyebabkan kelenjar turut tertekan lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh.
  3. Pengambilan lebihan makanan seperti gula, metega, lemak haiwan dan garam.
  4. Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit.
  5. Pengambilan kafien yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.
  6. Faktor fizikal ini terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit.
  7. Berdiri terlalu lama, berat badan yang bertambah (obesiti) dan tidak melakukan senaman.

Lemak degil & Perut buncit




6 PUNCA PERUT BUNCIT

Perut buncit memang sangat tidak menyelesakan bagi mereka yang inginkan bentuk badan yang ideal. Perut buncit juga mendorong kepada peningkatan berlakunya sindrom metabolik seperti diabete, hipertensi, disipidemia serta meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan pembuluh darah tersumbat.


Ukuran lilit perut yang ditetapkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Asia Pasifik adalah di bawah 90cm untuk lelaki manakala untuk perempuan adalah bawah 80cm.
Terdapat 6 punca perut buncit yang sering menjadi faktor kepada perubahan tubuh badan pada seseorang itu. Punca tersebut adalah :-
GAYA HIDUP

Pola pemakanan yang tidak betul adalah punca berlakunya pertambahan ukur lilit perut. Kurang melakukan aktivit yang mengeluarkan peluh dan pengambilan makanan melebihi jumlah yang diperlukan akan berlaku lebihan kalori disimpan sebagai lemak dalam sel-sel lemak.Lemak yang bertimbun-timbun di seluruh tubuh  termasuk perut akan meningkat seiring pertambahan berat badan dan gaya hidup yang tidak sihat.

KETURUNAN

Mangikut kata oleh seorang Pakr Kesihatan iaitu Dr. Selfie C.Rijal bahawa faktor keturunan yang diwarisi oleh turun temurun secara umumnya sukar untuk dielak namun boleh dikawal dengan sebaik mungkin.

PENUAAN

Semakin meningkat usia, semakin berkurangan penghasilan hormon dehibroepiandrosteron (DHEA). Hasil kajian oleh harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon DHEA dengan masalah pengumpulan lemak di perut.


STRESS

Keadaan psikologi kita mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh badan termasuklah sistem penghadaman kita. Stress adalah salah satu pencetus kepada perut kita. Hal ini disebabkan apabila stress, perut akan berasa kenyang dan menimbulkan masalah kepada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih kembang. Oleh itu, untuk atasinya kita hendaklah belajar untuk tenang apabila menghadapi masalah dan dugaan hidup.

PERUBAHAN HORMON

Hal ini berlaku terutama ketika menopaus bagi kaum wanita. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. Doktor kelulusan Universiti Padjajaran menjelaskan bahawa gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir merupakan musuh utama kepada perut kita kerana boleh membuatkan otot otot di perut menjadi sudah tidak tegang seperti biasa.

Alkohol
Dari segi pemakanan pula, alkohol sangat berbahaya bagi tubuh badan kita. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang sangat tinggi, sama seperti kalori dalam makanan yang berlemak. Selain itu, apabila kita minum air alkohol, badan dan hati kita terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkan alkohol dari tubuh badan dan pada masa yang sama proses menyaringkan gula akan tertangguh. Hal ini dimana, gila kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh kita sebagai lemak dan ini menyebabkan perut buncit.
Makanan segera juga boleh mengakibatkan perut buncit kerana makanan ini mempunyai jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi.

0 ulasan: