Jumaat, 30 November 2012

HATI MENANGIS






 Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima…

MENCARI KETENANGAN HATI ATAU JIWA

Hati atau roh adalah hakikat kejadian manusia, kerana itu ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasai. Dari sanalah ia menentukan sikap manusia samada positif atau negatif.

Memang hakikat penciptaan hati oleh Allah SWT adalah suatu yang maha ajaib. Kelajuan perjalanan hati tidak terhitung dan ruang gerakannya tiada had. Hati atau roh tidak mati sewaktu jasad lahir manusia mati. Hati berpindah ke alam Barzakh dan seterusnya ke akhirat. Bagi orang mukmin yang suci hatinya dia dapat melihat di syurga kelak. Itulah dia hati manusia. Ia juga disebut roh. Tempatnya ialah di dalam hati jasmani. Hati rohaniah ini umpama burung yang bersangkar di dalam hati jasmaniah. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan kerana hati manusia boleh menerima perintah dan larangan; ia disebut rohul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, ia disebut rohul hayah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati boleh baik dan jahat.
* Rasa senang apabila ia dipuji.
* Rasa menderita apabila di keji.
* Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.
* Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.
* Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.
* Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.
* Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
* Rasa dendam apabila orang menganiayainya.
* Simpati dengan orang susah.
* Rasa keluh kesah apabila dapat susah.
* Rasa terhutang budi dan terima kasih pada orang yang menolong.
* Rasa gerun apabila berhadapan dengan perkara yang menakutkan.
* Rasa jijik apabila berhadapan dengan benda kotor.

Begitulah riak-riak hati yang beralih-alih kepada berbagai-bagai riak rasa dengan sendirinya, apabila dirangsang oleh faktor-faktor luar. Perasaan itu akan kemudian akan mempengaruhi sikap lahir manusia. Kalau rasa hati itu baik, baiklah tindakan manusia. Dan kalau rasa hati itu jahat maka jahatlah tindakan lahir manusia. Dengan kebolehan dan kuasa yang penting, hati seolah-olah raja yang bertakhta didalam diri manusia. Dialah yang menentukan baik buruk manusia. Akal adalah penasihatnya. Anggota-anggota lahir adalah rakyat jelatanya yang taat kepada arahannya. Nafsu dan syaitan adalah musuhnya. Demikian struktur kerja yang berlaku dalam diri manusia. Kita mesti memahami dan beri perhatian penting pada persoalan ini, kerana baik jahatnya kita bergantung pada hati serta pengurusan kita dalam hati. Siapa mengabaikan urusan hati, ertinya membiarkan dirinya berjalan dalam gelap. Nasibnya belum tentu selamat dunia dan akhirat. Hati boleh dididik.

Lihat apa kata Allah tentang hati.

Firman Allah: 

"Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - Ala: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Di antara Sebab Jiwa Tidak Tenang
1. Banyak menzalimi orang
2. Banyak membuat dosa
3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa
4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menunjukkan kita ke jalan Akhirat
5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala
6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah 
7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah kebahagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan di dalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, duduk di dalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasa.

Bila ketenangan tidak ada, sentiasa keluh-kesah, apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidak sedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada penumpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurang diambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca mengganggu untuk memahami, kawan-kawan ikut risau, mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemu membuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus, kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak ketenangan, jika ketidaktenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran selalunya tidak boleh dikontrol rasa tidak tenang itu, sama ada di waktu ramai mahupun di waktu keseorangan, sentiasa nampak muram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalam masyarakat mungkin setengah orang dia boleh kontrol. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidaktenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapi bila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahan hatinya nampak dilihat di air mukanya. Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang, happy go lucky, ada kalanya susah juga dikesan. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat muka dapat dikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam, hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada, anak isteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, keluar daripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kita zalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpegang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidaktenangan akan hilang.

 

CINTA DI DALAM ISLAM




Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terang haram dalam Islam.

Antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta:
“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”
“Saya cintakan awak kerana Allah..”
“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”

Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(Al-Israa’: 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.
Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.
Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”
“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”
“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”
“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.
Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
(Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.
Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.
Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)

Ingatlah!
Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.



MENCARI KESEMPURNAAN MAHKLUK




“Jika kau berusaha mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui”
Tidak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk. Maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan. Tak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tak boleh mengharap kesempurnaan orang lain. Jika kita merasakan bahawa kita sudah sempurna, selamanya kita takkan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain. Rasulullah adalah makhluk terbaik yang Allah ciptakan. Namun, baginda sendiri tidak pernah merendahkan orang lain dan takabbur dengan kehebatan yang dianugerahkan Allah.

Ya, sekali pandang kita rasa bahawa kita yang terbaik. Apabila kita mengubah sudut pandang, akan ternampaklah lompang-lompang yang terdapat pada diri kita. Cahaya lampu nampak hebat tatkala ia menerangi kegelapan malam, namun menjadi tak bernilai ketika mentari mula menerangi. Di malam hari ia diperlukan, di siang hari ia tak bermakna lagi. Itulah sifat ciptaan. Seorang ahli agama boleh berbicara tentang ilmu keagamaan sehinggakan orang akan terpegun mendengarnya. Namun kehebatannya tak sama apabila dia berbicara tentang bidang-bidang lain yang bukan kepakarannya.

Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita dan terimalah kekurangan orang lain. Berfikirlah untuk menampung kekurangan-kekurangan tersebut, bukan menidakkannya. Dalam mencari teman hidup, begitu juga keadaannya. Jangan kita terlalu mengharapkan teman yang sempurna sedangkan kita sendiri banyak lompangnya. Sebelum berumahtangga, kekurangannya kita buat-buat tak nampak. Yang nampak hanya kecantikannya. Namun, segalanya berubah setelah berumahtangga. Kita mula merungut akan kekurangan-kekurangannya. Itulah akibat apabila kita mengidamkan kesempurnaan pada makhluk.

Ada sebuah kisah perumpamaan. Seorang guru memberi arahan mudah kepada muridnya, ketika mereka sedang melalui sebuah lorong yang di kiri dan kanannya ada bunga-bunga indah. “Sepanjang perjalanan kita ini, petiklah sekuntum bunga yang paling cantik dan memuaskan bagimu. Apabila kita sampai di hujung nanti, kita tak boleh berpatah balik”. Maka merekapun berjalan menyusuri lorong tersebut. Murid tersebut ternampak sekuntum bunga yang indah dan cantik, namun hatinya berbisik, “di depan pasti ada yang lagi cantik”. Lalu mereka terus berlalu. Beberapa bunga yang dilihatnya, tetap juga tidak dipetik. “Ada kurang sikit lah pada bunga ni”. Berjalan dan terus berjalan, akhirnya tak satupun bunga dipetiknya ketika sampai di hujung lorong sedangkan dia tak dapat berpatah balik. Gurunya lantas berpesan, “Itulah ibaratnya jika mencari kesempurnaan pada makhluk”.

Mengakui kekurangan adalah langkah awal untuk memperbaikinya. Kita harus jujur dalam meneliti kekurangan-kekurangan yang ada pada diri. Orang yang hebat bukannya tak punya kekurangan, tetapi mereka cepat sedar akan kekurangan-kekurangan tersebut dan berusaha memperbaikinya. Semakin banyak kekurangan, semakin banyak usaha memperbaiki. Maka merekapun menjadi semakin baik daripada sehari ke sehari. Begitulah sifirnya.

Orang yang mencari kesempurnaan makhluk pasti akan selalu mengeluh, kerana kekurangan-kekurangan yang akan dia dapatkan. Mana tidaknya, kita mengharapkan sesuatu yang mustahil. Tentulah kita takkan berjumpa dan lebih banyak mengeluh. Sebaliknya, orang yang mengakui kekurangan makhluk akan sentiasa bersangka baik dan tidak merendahkan orang lain. Dia juga sedar bahawa dirinya sendiri banyak kekurangan. Apabila kita melihat perbezaan ini, sedarlah kita bahaya mencari kesempurnaan makhluk.
Berusahalah menjadi lebih baik setakat batas kemampuan manusia. Insya-Allah, hati akan lebih tenang dan redha.

Khamis, 29 November 2012

MENGHARGAI ORANG LAIN DAN BERSYUKUR

Hasan Al-Bashri ditanya tentang rahsia zuhudnya. Ia menjawab: “Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu, kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itu, aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah SWT mengawasiku, kerana itu, aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itu, aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah SWT."


Manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, sesempurna kesempurnaan seorang manusia yang diberi tugas besar sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Allah SWT telah membekalkan kepada manusia keistimewaan-keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk Allah yang lain.

1. Hargailah dan Syukurilah setiap sesuatu yang kamu miliki.

Ia tidak semestinya harta dan material, ia juga mencakupi kesihatan kita, usia kita yang masih hidup hingga hari ini, setiap hari masih ada makanan untuk kita makan, masih ada orang yang mahu menegur kita, masih ada orang yang mengucapkan "selamat pagi, atau salam sejahtera, atau assalamualaikum".

Syukurilah segala nikmat Allah dari sekecil-kecil yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tidak dapat kita sebutkan satu persatu, akan nikmat Allah pada makhluknya.

Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara-perkara yang kita tidak miliki, tetapi, luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk bersyukur sekurang-kurangnya pada 5 perkara yang kita perolehi pada hari ini. Ketika memikirkan 5 perkara ini, hayatilah betul-betul dan rasainya ke dalam perasaan kita.

Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang kamu kenali, yang kamu berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak-kanak itu tidak menghargainya, membuangnya atau mengutuk pemberian kamu itu, adakah kebarangkalian untuk kamu membelikan lagi hadiah kepada kanak-kanak itu?

Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian kamu itu, mengucapkan terimakasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian kamu, sering menunjukkan pada kamu hadiah itu setiap kali kamu berjumpa dengannya? Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk kamu memberikan lagi hadiah kepada kanak-kanak itu?

Begitulah perbandingan antara Tuhan dan hamba-hambanya. Firman Allah: "Barangsiapa yang mensyukuri nikmatKu, maka Aku akan menambahkan lagi nikmat Ku kepadanya"

Oleh itu bersyukurlah, berterimakasihlah, dan Allah SWT akan menambahkan lagi apa yang kita ada.

Jika dalam Hukum Tarikan, kita belajar bahawa mewujudkan keinginan itu amat penting, maka dalam Hukum Kecukupan, kita mempelajari bahawa Mensyukuri dan Menghargai nikmat itu amat penting. Kedua-dua perkara ini saling berkait antara satu dengan yang lain.

2. Wujudkan suatu persekitaran, kekuatan atau vakum pada diri kita, dimana semua perkara yang baik sahaja berada disekeliling kita.

Jangan isikan hidup kita dengan perkara-perkara yang sebenarnya kita tidak betul-betul perlukan. Ini adalah pembaziran. Walau pun kamu seorang jutawan, tidak bermakna kamu boleh membazir. Ingat! Membazir adalah sifat syaitan dan perlu dijauhi.

Tanyalah diri setiap kali bila keluar berbelanja, adakah barangan yang ingin kita beli itu, benar-benar kita perlukan atau tidak. Kecukupan bukan bermakna diri kita penuh dengan barangan yang kita tidak perlukan. Kecukupan dalam hidup adalah dengan mencari dan memperolehi perkara-perkara dan pengalaman yang benar-benar berguna untuk diri kita. Contohnya membeli sesuatu barangan kerana kita diberitahu oleh kawan, bahawa kita perlu ada barangan tersebut. Mungkin bagi kawan kita, barangan itu memang berguna untuk dirinya, tetapi tidak pada kita. Maka elakkanlah perkara ini dari berlaku. Kenalpasti keinginan kamu!

Mulakan membersihkan persekitaran peribadi kamu, bilik kamu dari benda-benda yang tidak digunakan lagi atau yang tidak kamu perlukan. Isikan wardrobe kamu dengan pakaian-pakaian yang relevan dan kamu perlukan. Yang memang tidak akan kamu pakai, sedekahkan pada orang yang memerlukannya. Kemas meja kamu dari nota-nota atau kertas yang lebih merupakan sampah sahaja. Kemaskini dokumen-dokumen kamu dengan sistem fail yang tepat dan kemas. Bersihkan longkang dirumah kamu, atau kosongkan tong sampah kamu. Berdisiplinlah dengan hidup ini. Buang semua cara berbelanja yang membazir. Bebaskan pemikiran , cara bercakap, apa yang kamu percaya, tindakan-tindakan kamu, yang selama ini berasaskan tidak cukup dan tidak puas.

3. Bersedekah dan berderma.

Jadilah seorang yang pemurah. Kita sentiasa inginkan agar Allah SWT menunjukkan sifat PemurahNya pada kita, tetapi adakah kita seorang yang pemurah dengan kemampuan diri yang ada pada kita? Dalam Islam "Satu sedekah ganjarannya adalah Sepuluh kali ganda" maksudnya setiap satu sedekah yang ikhlas dari kita, maka Allah SWT akan membalas balik dengan sepuluh kali ganda dari apa yang kita sedekah.

Dalam Hukum Tarikan, amalan bersedekah amat disarankan kerana dengan bersedekah, kita menghantar frekuensi bahawa kita mempunyai lebihan wang, maka kita menarik tenaga kecukupan pada diri kita. Sedekah juga mengajar hati kita menjadi bersih, ikhlas, dan dapat menghayati dan memahami kesusahan orang lain. Maka jadilah dermawan. Senyum juga satu sedekah. Bersedekahlah dengan apa yang anda miliki, tidak semestinya wang. Anda juga boleh berdoa untuk kesejahteraan orang lain, menyedekahkan tenaga dan sebagainya dengan ikhlas.

Rezeki dalam bentuk apa juapun adalah tenaga, sebagaimana yang kita semua faham bahawa seluruh alam ini, termasuk diri kita, adalah terdiri dari zarah-zarah atom yang merupakan tenaga. Tenaga bergetar dan bergerak dalam satu aliran-aliran yang tersendiri.

Cuba kita lihat pergerakkan udara (angin) dalam sebuah bilik yang tertutup, hanya tingkapnya sahaja yang terbuka. Kebarangkalian untuk angin mengalir masuk melalui tingkap adalah amat sedikit walaupun masih ada cukup udara dan oksigen. Sekarang, kita buka pintu bilik itu, anda akan dapat rasakan angin bertiup mula masuk melalui tingkap itu dan keluar melalui pintu kerana sudah ada aliran untuk udara keluar masuk.

Begitu juga lah dengan rezeki dan kecukupan diri kita. Rezeki akan datang melimpah-ruah andainya kita sedia berkongsi apa yang kita perolehi (bersedekah/murah hati) dengan orang lain. Tidak semestinya wang, ilmu juga jika disimpan, tidak diamalkan dan tidak disampaikan, ianya tidak akan bertambah malah menjadi semakin malap.

4. Maafkan semua perkara yang menyakitimu.

Bebaskan hatimu dari dendam. Apabila kamu masih menyimpan kemarahan, tidak kira atas alasan apa pun, sebenarnya, kamu hanya menyakiti dirimu, bukan menyakiti orang yang kamu marahi. Dendam dan marah hanyalah membuatkan kita sentiasa hidup pada hari semalam, dimana hari kita berasa disakiti ini hanya akan menyulitkan kita untuk maju ke hadapan dan memiliki masa depan yang baik.

Maafkan sesiapa yang telah melukakan kamu, bersalah denganmu. Luangkanlah dalam 10 minit sehari dengan mengucapkan:

"Aku maafkan dan bebaskan ..... dan aku harap mereka bahagia dan mereka akan pergi dari ku."

Antara kebaikan yang akan anda rasai apabila memaafkan seseorang:

1.Hati akan menjadi bersih/suci

2.Fikiran menjadi tenang

3.Penyakit rohani dan jasmani mudah sembuh

4.Wajah lebih cantik/tampan kerana wajah adalah cermin hati

5.Suntikan hidayah akan memasuki jiwa anda

6.Rezeki akan dipermudahkan dan mula melimpah ruah

7.Mula dapat merasai kehadiran kasih sayang yang banyak dari berbagai sudut

8.Diri akan menjadi lebih produktif kerana anda lebih bertenaga dan bersemangat

9.Doa cepat dimakbulkan

10.Kemampuan tenaga zahir dan batin akan meningkat

Praktikkan cara-cara ini, semoga akan dapat menukar minda kita kepada manusia yang berfikiran Serba Cukup. Dengan mengamalkan Hukum Kecukupan ini, semoga Hukum Tarikan akan mudah dimanifestasikan. Semoga kita semua beroleh Rahmat dan Petunjuk dari Allah S.W.T sentiasa.

Hidup ini adalah indah, apabila kita benar-benar bersyukur. Segalanya terletak pada hati/perasaan dan fikiran/minda kita. Kita harus melihat pemberian Allah SWT dengan mata rohani, sehingga mampu merasakan kekayaan rohani yang kita miliki. Keselamatan, kesihatan, ketenangan, keyakinan iman dan banyak lagi lainnya adalah kekayaan rohani yang sangat mahal harganya. Allah SWT tidak pernah melupakan hamba-hamba-Nya, manusialah yang lupa kepada-Nya kerana sedikit sekali manusia yang bersyukur kepada pencipta-Nya.

Sabda Rasullullah S.A.W : "Pada anggota manusia itu, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka akan baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan daging itu adalah hati/perasaan".

 

PEREMPUAN MELAMAR LELAKI


KELEBIHAN SURAH YASSIN



Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi  Senang

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 -  Orang jahat tak nampak  kita terutama orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada  anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita  rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa  berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi  baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang  kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan  berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang  kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan  dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang  satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan  Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah  s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan  kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan  tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir  di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit  kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 - Dibaca untuk  mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: > > dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?> >  (Ayat 78  dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia untuk rawatan pesakit mereka dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan  menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari  -boleh menjadi penawar. Jika air habis  ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang  Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat

Wallahualam.

LAGENDA BUDAK SETAN 2: KATERINA




Sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan.6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah.

Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu.

Tak mungkin dia menerima Kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya. Ketika yang sama, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis. Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya.

Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut. Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran.

Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begitu juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah. Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun Kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam. Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan suami gaynya menyentuh tubuhnya.. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada. Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah.

Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisinya. Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian. Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati. Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan berasa ingin membunuh diri.

Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya. Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah. Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya.

Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean. Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar. Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi Kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi… tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula….. Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tak akan menemui titik noktahnya…


PANDUAN MEMILIH JODOH DARIPADA RASULULLAH S.A.W

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih m
ereka serta imam hadith yang lain.

Secara terang Rasulullah s.a.w telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali.

.

Wallahu’alam.
 
 
 

KETULUSAN HATI


Rabu, 28 November 2012

DIET YANG DI AMALKAN RASULULLAH S.A.W

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH :- KOKTEL


 * JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN
BERGANDA.


 

Isnin, 26 November 2012

CINTA SUAMI DAN REDHAI ILAHI

Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka.
Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami. Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah.

Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita.

Letakkan cinta Allah di  dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.
Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya.
Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.

 

Life Of Pi

Life Of Pi arahan Ang Lee adaptasi sebuah kisah pengembaraan penuh magika daripada novel terkenal tulisan Yann Martel yang ditulis pada 2001. Peranan protagonis dalam kisah ini adalah Piscine Molitor 'Pi' Patel, seorang kanak-kanak India dari Pondicherry yang menempuh pelbagai peristiwa bercorak spiritual, sekali gus menguji keberaniannya sejak kecil lagi. 

Ketika mencecah remaja, Pi yang juga anak kepada seorang penjaga zoo menempuh satu pengembaraan menakjubkan apabila keluarganya mahu berhijrah ke Winnipeg, Kanada. Turut dibawa belayar bersama mereka, beberapa haiwan. Namun tanpa disangka-sangka, di tengah-tengah Lautan Pasifik, kapal mereka karam dipukul ribut taufan. 

 Dengan sebuah bot yang kecil, Pi bagaimanapun terselamat dan apa yang tinggal bersamanya hanyalah seekor kuda belang, orang utan, hyena dan harimau Bengal bernama 'Richard Parker'. Di sinilah Pi berdepan satu lagi ujian terbesar kerana terpaksa meneruskan 'survival' di tengah-tengah lautan selama 227 hari. Akibat kebuluran, satu demi satu haiwan bersamanya mati kecuali harimau yang ganas itu. 

 Kini Pi perlu berusaha menyelamatkan dirinya daripada dibaham Richard Parker yang kelaparan. Lalu dengan bijak dan berhati-hati, dia memberanikan diri mengajar harimau itu menukar dietnya dengan meratah ikan. Inilah antara plot yang menarik dalam novel dan filem ini kerana ia akhirnya mewujudkan perasaan kasih sayang antara manusia dan haiwan. 

 Life of Pi 

Melalui kesan visual yang menakjubkan, penonton filem Life of Pi dapat melihat Pi dan harimaunya itu menempuh pelbagai peristiwa luar biasa yang tidak pernah disaksikannya di tengah-tengah lautan, tidak kira siang ataupun malam. Inilah tarikan istimewa Life of Pi yang mahu Ang Lee tampilkan kepada dunia. 

Watak Pi sendiri dari kecil sehingga dewasa dilakonkan beberapa pelakon seperti Gautam Belur, Ayush Tandon, Suraj Sharma dan Irrfan Khan. Pelakon penting lain termasuklah aktor handalan Perancis Gerard Depardieu, bintang Bollywood handalan Tabu, Adil Hussain, Rafe Spall dan Shravanthi Sainath. 

Kini filem Life of Pi sudah bersiap sedia untuk ditonton seisi keluarga pada musim cuti sekolah ini. Kita tunggu mulai 29 November ini dan lihat apakah impaknya akan mampu menjadi sehebat Avatar. Di Malaysia, Life of Pi akan turut ditayangkan di pawagam layar tercanggih, Malaysia IMAX Sunway Piramid untuk kesan 3D paling hebat. 


A Thousand Years



Sabtu, 24 November 2012

THANK YOU FOR LOVING ME


Apa Itu Kasih, Sayang, Dan Cinta








Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.

Kasih..


Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.


Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.


Sayang..


Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.


Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.


Cinta..


Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.


Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.


Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.


Jumaat, 23 November 2012

HARI HARI AKU RINDU


TERIMA KASIH SHINS

Congratulations to the winners!
You have won yourself a bottle of BEYONCE PULSE edp 50ml worth RM177 each exclusive from SHINS!
Please email your personal details: full name, FB name & I/C to contact@shins.my before 18 October 2012 and an official redemption letter will be email to you once we received your details.
Congratulations to the winners again and stay with us for more exciting activities!


Hi Roszaliza,
 
Thanks for your participation in the Beyonce Pulse EDP Giveaway Contest - exclusive from SHINS.

Kindly redeem the product at SHINS – Mid Valley Megamall from 15 November 2012 onwards, as your gift will be transferred from SHINS HQ. All redemption needs to be done before 30 November 2012.
 
Kindly bring along a copy of this email together with your I/C during the redemption.
 
Please do not hesitate to contact me if you require further information.
 
Thank you.
 
Best regards,
 
PATRICK KANG – Manager ( Marketing )
Shins Corporation Sdn Bhd
7, Jln PJS 8/18, Dataran Mentari
46150 PJ, Selangor, Malaysia
T +60-3-563 00 888  F +60-3-563 00 666
Description: Description: Description: Description: cid:image013.png@01CD47B7.120AFE30Description: Description: cid:image001.png@01CD47BC.D54D7760
Description: Description: Description: Description: Description: Adobe Systems




THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN PART 2

 




 SINOPSIS
Bahagian kedua episod akhir filem ini bermula dengan perubahan Bella menjalani kehidupan sebagai seorang puntianak. Namun dia perlu membiasakan diri dengan keupayaan dan kelebihan sepantas yang mungkin selepas puntianak Irina telah salah anggap bahawa Renesmee sebagai kanak-kanak kekal abadi ("immortal child"), iaitu kanak-kanak yang ditukar menjadi puntianak. Volturi mula membuat perancangan untuk memusnahkan Renesmee dan juga keluarga Cullen kerana "immortal child" dikatakan sukar dikawal.

Diarahkan oleh Bill Condon, "The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2" dibarisi Robert Pattinson, Kristen Stewart, Taylor Lautner, Dakota Fanning, Ashley Greene, Kellan Lutz, Michael Sheen, Peter Facinelli dan Jackson Rathbone.

Rabu, 21 November 2012

AJARI AKU

 



Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Ajari aku tuk bisa mencintaimu


Khamis, 15 November 2012

CINTA HALAL


Lakonan Nur Fathia, Fahrin Ahmad, Hanez Suraya, Lydiawati, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.

Sinopsis, Cinta Halal berkisar mengenai seorang gadis, Ismi Hazariah yang baru sahaja kehilangan perkerjaannya buat kali kelima lantaran dari sikapnya yang suka mencari pasal di tempat kerja. Ibu tirinya, Najihah runsing dengan masa depannya lantas memaksa Ismi untuk menghadiri temuduga sebagai Eksekutif di sebuah syarikat eksport makanan halal yang dimiliki oleh keluarga berketurunan arab.*

Ismi yang berperwatakan gila-gila dan berjiwa rockers menolak mentah-mentah kerana dia tahu etika berpakaian berkerja yang harus berpakaian muslimah. Namun atas desakan yang berterusan dia akhirnya mengalah dan menghadiri temuduga tersebut. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya mendapat perkerjaan tersebut. Ismi terpaksa melakukan pengorbanan yang besar dari segi pakaian dan tingkah laku sekadar memenuhi permintaan syarikat.

Bekerja di Cahaya Holding telah membuka perspektif baru di dalam hidup Ismi. Dia mula jatuh hati terhadap pengurus syarikat, Syed Mukhriz hanya kerana perwatakannya yang kacak, tegas tetapi baik hati dan kaya. Adakah Ismi dapat bersama lelaki idamannya?

RIGHT HERE WAITING


Oceans apart

Day after day

And I slowly grow insane

I hear your voice 

On the line

But it doesnt stop the pain


If i see you next to never

Well how can we stay forever


(chorus)

Wherever you go whatever you do

I will be right here waiting for you

Whatever it takes or how my heart breaks

I will be right here waiting for you


I took for granted all the times

That i thought would last somehow

I hear the laughter

I taste the tears

But i cant get near you now


Oh cant you see it baby

You got me going crazy


(chorus)


I wonder how we can survive

This romance

But in the end if im with you

I'll take the chance


Oh cant you see it baby

You got me going crazy


(chorus)


Waiting for You.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT BAKAL KE JINJANG PELAMIN



PASTI, hubungan cinta mereka bukan lagi satu rahsia. Malah, satu Malaysia sudah tahu bahawa penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau popular dengan gelaran Apek akan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, Leuniey sekitar bulan hadapan atau Januari 2013. Tak padahal sebelum ini Apek kerap dikaitkan dengan ramai wanita, malah hampir dilabel sebagai kasanova. 

Apek dan Leuniey juga, masing-masing pernah menafikan mereka sebagai pasangan kekasih sekitar tahun ini. Bagaimanapun, percintaan mereka tidak dapat disembunyikan lagi.

Akhirnya, anak kelahiran Kelantan yang juga pernah putus tunang ini tekad memilih Leuniey, gadis senegeri yang merupakan seorang model dan pemilik butik pengantin sebagai isteri.

Pada usia yang masih muda iaitu 24 tahun, Apek yang ditemui dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen baru-baru ini memberitahu faktor usia bukan soal utama dalam mengambil keputusan menamatkan zaman bujang. Dia dengan yakin turut menjelaskan bahawa menikahi Leuniey dalam tempoh terdekat ini merupakan keputusan yang tepat.


"Memilih dia dan menikahi dia kelak merupakan satu keputusan yang tepat buat saya," ujarnya yang turut memberitahu sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

Leuniey pula yang baru berusia 21 tahun turut menyatakan usia muda bukan satu halangan untuk dia berkahwin.

Katanya: "Saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berharap perkahwinan kami nanti akan menutup banyak cerita kontroversi yang sedia ada."

Pasangan tersebut bagaimanapun sepakat untuk tidak mendedahkan tarikh majlis pekahwinan mereka. Ini kerana jelas Apek, dia mahu memberi fokus terhadap tugas besarnya untuk membantu Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF yang bakal bermula pada 24 November ini.


"Seperti yang dijanjikan, satu sidang media untuk mengumumkan tarikh perkahwinan kami akan diadakan selepas perlawanan tersebut nanti. Buat masa ini, fokus saya hanya untuk membantu negara memenangi perlawanan tersebut," ujar Apek.

Mereka bagaimanapun memberitahu persiapan perkahwinan kini sedang rancak dijalankan dan cukup berdebar untuk menanti detik bergelar suami isteri.