Isnin, 17 September 2012

AYAMAZZ ROTI IMPIT



Ayamazz Roti Impit merupakan snek yang didatangkan dalam tiga rasa iaitu keju, garli, italian herbs, cendawan, dan lada hitam. Roti Impit disediakan dengan mengukus frankfurter dan bun, dan kemudian ditambah dengan sos Chillimayo yang dicipta khas. Lada kasar kemudian ditabur di atas Roti Impit untuk menambah perisa frankfurter Ayamas yang lazat.Selain itu, terdapat juga Ayamazz Roti Impit berperisa bolognese dan tom yam.

Selain itu, di majlis yang sama turut diperkenalkan beberapa produk lain yang tidak kurang lazatnya seperti Walls Roti Impit, spaghetti, waffle,dan juga minuman ‘pearl beverage' yang mempunyai empat rasa iaitu coklat, cappuccino, strawberi, dan tembikai susu.

HOT GUY WHO COOK


.

Menerusi siaran TV berbayar ASTRO,saluran Diva Universal membawakan penonton 18 jejaka tampan yang memasak resepi istimewa mereka.Setiap minggu tiga personaliti lelaki diperkenalkan yang disulami elemen kandid dan maklumat berguna buat penonton tentang  dunia masakan.Antara selebriti yang terlibat adalah Redza Minhat,Hendry Golding dan lain-lain.

CINTA OH CINTA

Kata BOMBA: CINTA tak boleh dipadam...
Kata POLIS: CINTA itu sukar ditangkap...
Kata TENTERA: CINTA itu tak boleh ditembak...
Kata USTAZ: CINTA itu anugerah...
Kata DOKTOR: CINTA tak dapat untuk diubati...
Kata GURU: CINTA tak boleh untuk dipelajari...
Kata HAKIM: CINTA tak boleh dihukum...
Kata PELUKIS: CINTA itu indah...
Kata ULAMA: CINTA ALLAH kekal abadi...