
Daripada pemenang Academy Award®, pengarah Peter Jackson menghasilkan THE HOBBIT: THE DESOLATION OF SMAUG, filem kedua dalam trilogi yang diadaptasi daripada karya popular The Hobbit oleh J.R.R. Tolkien. Ketiga-tiga filem menyaksikan kesinambungan cerita yang berlatarbelakangkan pusat bumi 60 tahun sebelum "The Lord Of The Rings", dimana Jackson dan produksinya telah membawa filem trilogi blokbuster tersebut ke layar perak termasuk "The Lord Of The Rings: The Return Of The King" yang turut menang di Oscar®.
THE HOBBIT: THE DESOLATION OF SMAUG menyaksikan sambungan pengembaraan karakter Bilbo Baggins dengan Wizard Gandalf dan 13 orang kerdil yang diketuai oleh Thorin Oakenshield dalam usaha mereka untuk menebus semula Lonely Mountain dan juga Kingdom Of Erebor.
Selepas berjaya mengharungi permulaan pengembaraan, mereka meneruskan perjalanan ke arah timur, berhadapan dengan Beorn yang bertukar kulit, labah-labah gergasi di hutan Mirkwood. Selepas berjaya melarikan diri, mereka menuju ke bandar Lake dan tiba di Lonely Mountain. Di sana mereka perlu berhadapan dengan bahaya paling besar dari segala-galanya yang bakal menguji keberanian mereka, persahabatan serta kebijaksanaan mereka iaitu Naga Smaug.
Saksikan THE HOBBIT: THE DESOLATION OF SMAUG di pawagam pada 12 Disember 2013!
Clearance Sales Premium Beautiful
-
Assalamualaikum & haiiii
harini Sha nak share untuk Premium Beautiful, kita ada beberapa helai lagi
Premium Beautiful Long Girdle dan Waist Nipper untuk ...
3 minggu yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan