
Rangkaian donat terkenal, Krispy Kreme telah melancarkan dua jenis donat bertemakan filem "Ghostbusters" yang hanya akan dijual dalam tempoh terhad.
Dipetik daripada laporan People, donat berintikan krim marshmallow dengan hiasan karakter filem tersebut dihasilkan bersempena dengan ulang tahun ke-30 filem berkenaan.
Donat edisi khas ini akan mula dijual di cawangan di Amerika Syarikat bermula 29 September hingga 31 Oktober. Namun sehingga kini masih belum diketahui jika ia akan dijual di Malaysia.
"Ghostbusters" adalah sebuah filem komedi paranormal pada tahun 1984 dan dilakonkan oleh Bill Murray, Dan Aykroyd serta Harold Ramis.
Sebelum ini terdapat khabar angin mengatakan filem "Ghostbusters" yang menampilkan pelakon wanita akan dihasilkan.
Pengarah filem "Bridemaids", Paul Feig dilaporkan telah berbincang dengan Sony Pictures dan berminat untuk mengambil pelakon komedi Melissa McCarthy, namun sehingga kini tiada perkembangan terbaru mengenai filem tersebut.
Dah Pakai 360 Thera? Jangan Jadi Rahsia Sorang-Sorang, Jom Buat Duit!
-
Hai uolls!
Siapa antara pembaca blog Sha ni yang kalau tak pakai Thera Sehari rasa
macam tak lengkap hidup dia? Kita geng! 😂
Maybe ada juga di antara k...
3 hari yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan