
Jika anda teringin merasai makanan atau manisan yang bertemakan coklat, kini ianya lebih mudah untuk dihasilkan!
Sebelum ini, banyak resepi melibatkan coklat memerlukan anda untuk menggunakan ketuhar, tetapi resepi yang kami kongsikan kali ini hanya perlu disejukkan dalam peti sejuk sahaja.
Bukan sahaja sebagai kudapan, Coklat Marshmallow juga sesuai diberikan sebagai cenderahati untuk tetamu dalam apa jua majlis kecil-kecilan.
Kami kongsikan resepi mudah Coklat Marshmallow yang dipetik daripada Resipi Citarasawan.
Bahan-Bahan:
1. 300 gram coklat masakan yang dicincang kecil
2. 80 gram marshmallow mini
3. 2 sudu kecil mentega
Cara-Cara:
1. Alas loyang bersaiz segi empat dengan kertas timah (aluminium foil)
2. Satukan coklat masakan dan mentega. Cairkan secara 'double boiler' hingga coklat mencair dan gaul rata.
3. Angkat dari dapur, masukkan marshmallow ke dalam coklat dan gaul rata dengan spatula.
4. Tuang ke dalam loyang dan ratakannya. Hentakkan sedikit loyang supaya marshmallow timbul di permukaan coklat. Hiaskan dengan coklat masakan putih atau hiasan yang disukai.
5. Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
6. Keluarkan dari acuan, biarkan pada suhu bilik seketika sehingga coklat lembut sebelum dipotong dan dihidang.
Mudah, bukan? Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!
VIOMI INNO: Bukan Sekadar Menapis Air, Tetapi Satu Langkah ke Arah Pilihan
yang Lebih Bijak
-
Hii uolss, harini Sha nak sharing info yang sangat berguna yang maybe ramai
yang tak sedar dan tak tahu.
*Pernah Tak Kita Terfikir, Apa Sebenarnya yang ad...
Seminggu yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan