
TIPS : MANISKAN LIMAU YG MASAM
==========================
Buah limau yang disangka manis kadangkala mempunyai rasa yang sebaliknya. Nak dibuang, terasa sayang. Nak dimakan, tak tertahan pula rasa masamnya. Oleh itu, cuba petua dibawah ini. Jika tidak menjadi manis, sekurang-kurangnya kaedah ini mampu mengurangkan rasa masam buah limau tersebut.
BAHAN-BAHAN:
Buah limau
Air suam
Besen
CARA-CARA:
1. Ambil air suam dan masukkan ke dalam besen. Kuantitinya bergantung kepada jumlah buah limau.
2. Masukkan buah limau yang masam tadi ke dalam besen. Rendam selama 10 minit.
3. Keluarkan buah dan sejukkan di dalam peti sejuk. hasilnya , isi buah limau akan menjadi manis atau kurang masam berbanding sebelumnya.
Sumber : Rasa/karangkraf
VIOMI INNO: Bukan Sekadar Menapis Air, Tetapi Satu Langkah ke Arah Pilihan
yang Lebih Bijak
-
Hii uolss, harini Sha nak sharing info yang sangat berguna yang maybe ramai
yang tak sedar dan tak tahu.
*Pernah Tak Kita Terfikir, Apa Sebenarnya yang ad...
Seminggu yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan